Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut. Ini Sebabnya

loading...
Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut
haram-tidur-dalam-kereta
BENARKAH tidur dalam kereta dengan memasang penyaman udara dan menutup tingkap itu berbahaya? Bukankah teknologi automotif sudah berkembang maju dan sepatutnya tiada masalah untuk kita tidur dalam kereta?
Artikel PanduLaju kali ini memetik status Facebook milik saintis negara, Mat Kuantum yang mengulas mengenai bahaya kimia ke atas pemandu atau penumpang yang tidur dalam kereta. Menurutnya, memang benar tidur dalam kereta sambil memasang penyaman udara dan tingkap ditutup berpotensi menyebabkan kematian.
Mari kita baca penjelasan saintis muda kelahiran Taiping ini yang mendapat pendidikan kedoktoran (PhD) di Australia dan New Zealand. Sebagai makluman, status beliau di bawah sudah diolah dan disunting supaya lebih mudah difahami:

KARBON DIOKSIDA (CO), ENJIN KERETA DAN KIMIA

Kini, banyak viral di media massa mengenai 'pengharaman' tidur dalam kereta dengan penyaman udara dipasang dan tingkap ditutup. Ya, secara saintifik larangan itu benar dan dibuktikan betul bahawa tidur dalam kereta ketika enjin hidup dengan tingkap ditutup boleh membawa maut.
Mantan penyelia di New Zealand pernah beritahu saya semasa mahu bereksperimen menggunakan karbon monoksida (CO) untuk sintesis sebatian rutenium karbonil. Katanya,CO boleh membawa maut dan mampu membunuh anda dalam beberapa minit. Kata mantan penyelia saya itu, orang dulu-dulu kalau mahu bunuh diri akan duduk dalam kereta, kuncikan pintu dan tingkap, serta hidupkan enjin. Kereta pula selalunya diparkir dalam garaj tertutup dan gas CO yang terhasil itu akan membunuhnya.
Dalil saintifiknya, pembakaran petrol akan menghasilkan CO dan karbon dioksida (CO2), bergantung kepada kondisi tertentu dan perubahan perkadaran (proportion varies). Dalam sistem tertutup, majoriti gas yang dihasilkan ialah CO; jadi, sangat bahaya! Pembakaran hidrokarbon, termasuk petrol memang menghasilkan CO dan CO2, cuma nisbah berbeza mengikut keadaan.

FUNGSI PENGUBAH BERMANGKIN

Dalam kereta kita ada pengubah bermangkin (catalytic converter) yang bertujuan mengoksidakan gas CO kepada CO2. Saya tidak pasti di mana pengubah bermangkin dalam kereta, mungkin boleh tanya pakar automotif. Pengubah bermangkin ini biasanya menggunakan logam berharga seperti platinum (Pt) atau paladium (Pd).
Walaupun reaksi kimia (CO + 0.5O2 --> CO2) nampak ringkas, tetapi sebenarnya kompleks. Disebabkan itulah penemuan mekanisme untuk pengoksidaan CO pada permukaan solid membolehkan saintis fizik dari Jerman, Gerhard Ertl memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia pada 2007.
pengubah-bermangkin
Saya letakkan gambar mekanisme itu (lihat gambar atas) dalam tesis PhD kerana proses yang terlibat ialah pemangkinan (catalysis). Namun, masalah Pt ialah penukaran C0 berlaku pada suhu tinggi, melebihi 200°C.
Saintis kimia Jepun, Masatake Haruta pada 1987 menemukan nanopartikel emas (dalam saiz ~4nm) yang mampu melakukan hampir 100 peratus penukaran CO pada suhu rendah (low temperature conversion). Bahkan harga emas yang dua kali lebih murah berbanding Pt membuka ruang kepada pemangkinan emas. Tiba-tiba ada kerubut emas (gold rush) untuk meneroka kimia nanomaterial emas. Tesis PhD yang saya tulis di New Zealand dulu adalah berkaitan nanomaterial emas dalam pemangkinan dan penderia (sensing).

RUNAWAY REACTIONS

eksperimen-saintis
Sudah tentu ia pembaikan dalam industri automotif. Kita tidak pernah menafikan kemajuan teknologi kenderaan. Jadi, apa masalahnya tidur dalam kereta, buka penyaman udara dan hidupkan enjin, serta tutup tingkap kerana bukankah teknologi sudah maju untuk membina sebuah kenderaan yang selamat?
Dalam sains ada konsep dipanggil tindak balas luar kawalan (runaway reactions). Banyak benda di luar kawalan boleh berlaku. Disebabkan itulah mantan penyelia saya selalu risau kalau berlaku 'runaway reactions' dalam pengoksidaan bermangkin dan penghidrogenan (hydrogenation) yang saya buat. Saya berurusan dengan pelbagai gas bahaya seperti hidrogen (sangat mudah terbakar) dan CO (sangat bertoksik) semasa buat PhD di New Zealand dulu. Jadi, percayalah cakap saya!
Biasanya untuk setiap reaksi bermangkin yang saya buat, ada injap untuk melepaskan 'runaway reaction' sama ada menggunakan reaktor mini, reaktor Parr atau kelalang (flask) Schlenk. Banyak perkara luar kawalan boleh berlaku, dan saintis sentiasa berhati-hati dan berusaha keras untuk mengelakkan kemalangan walaupun tiada jaminan.
Hargailah saintis yang penat lelah mencipta, menulis dan mengembangkan ilmu. Jadi, dengarlah nasihat para saintis yang berilmu dan berpengalaman. Janganlah degil sangat ikut kepala otak sendiri. Kalau sudah disuruh jangan tidur dalam kereta sambil pasang penyaman udara dan tutup tingkap, janganlah buat
loading...

0 Response to "Saintis Muda Ini Sahkan Tidur Dalam Kereta Memang Berisiko Maut. Ini Sebabnya "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close