LUAHAN PERASAAN YUNA UNTUK ADAM SINCLAIR

loading...
LUAHAN PERASAAN YUNA UNTUK ADAM SINCLAIR

Sebelum ini, penyanyi Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai pernah dikhabarkan telah bertunang dengan adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair. Walaubagaimanapun, pihak Yuna menafikan berita tersebut.
Terkini menerusi entri terbaharu di laman Instagram Yuna, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu seakan mengiyakan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Adam menerusi satu kapsyen panjang lebar yang dimuatnaik olehnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam luahan tersebut, beliau mengucapkan terima kasih kepada Adam yang cukup setia bersamanya sepanjang lima tahun mereka berkenalan.
Yuna juga mengakui Adam mempunyai keunikan sendiri dan beliau sebenarnya mahu mencari seorang lelaki yang tidak terlibat di dalam bidang muzik.
Malah, Yuna juga tanpa berselindung berharap agar satu hari nanti akan tiba masa yang cukup bahagia untuk mereka berdua bersama.
Kebelakangan ini juga Yuna dilihat sangat terbuka dalam soal cinta apabila kerap berkongsi gambar kekasih di laman sosial.
Spekulasi mengenai percintaan pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.
Siapa tahu berkemungkinan satu hari nanti memang ada jodoh antara Yuna dan Adam.

Foto: Yuna IG & Adam Sinclair IG
loading...

0 Response to "LUAHAN PERASAAN YUNA UNTUK ADAM SINCLAIR"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close