ADI PUTRA FAIL PEMOHONAN CERAI TERHADAP ISTERI PERTAMA

loading...
ADI PUTRA FAIL PEMOHONAN CERAI TERHADAP ISTERI PERTAMA

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...
Demikianlah halnya dengan rumah tangga pelakon Adi Putra dengan isteri pertamanya , Aida Yusof apabila Adi mendaftarkan permohonan untuk bercerai.
Nampaknya, usaha Adi untuk menyelamatkan rumah tangganya yang sebelum ini pernah dilanda badai tidak berjaya.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, pendaftaran itu dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur, pada 3 Mac lalu. Menurut sumber di mStar, kes berkenaan akan disebut dalam masa terdekat.
Usaha untuk mendapatkan komen Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, gagal kerana aktor itu yang berada di Mekah ketika ini sibuk menguruskan jemaah mengerjakan umrah.
Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof, 42, pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.
Sebelum ini, Adi pernah memfailkan perceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun ia ditarik balik tidak lama kemudian selepas mereka mahu menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan sebaik mungkin.
Tidak lama kemudian dunia hiburan dikejutkan pula apabila tersebarnya gambar perkahwinan rahsia Adi dengan seorang wanita iaitu Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.
Sama-sama kita nantikan penjelasan Adi berhubung perkara ini.

Sumber: mStar
loading...

0 Response to "ADI PUTRA FAIL PEMOHONAN CERAI TERHADAP ISTERI PERTAMA"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close