Tahniah Remaja Ini Bebas dari kesalahan Membunuh... Dah kata apa dah..... Cam mana Pun mesti terlepas punya...

loading...

Remaja buat pusingan U selepas terbayang lori?
Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati pemandu secara
tiba-tiba melakukan pusingan U ke lorong memotong.

BUTTERWORTH: Pemandu remaja yang merempuh keretanya
dengan beberapa kenderaan lain ketika meluru lawan arah tra伎�k
di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam berbuat demikian
selepas dia terbayangkan sebuah lori, menurut polis Seberang
Perai.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Nik Abdul
Hamid, berkata pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati
pemandu Proton Gen-2 berusia 19 tahun itu melakukan
pusingan U di jalan sama sebelum memandu laju melawan arah
tra伎�k sejauh 5km.

Ia kemudian merempuh sebuah kereta Perodua Kelisa
menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26.
Nik Ros berkata remaja tersebut tidak memasuki arah
bersebelahan melalui sebuah bukaan untuk kenderaan
kecemasan seperti dilapor sebelum ini.

Pagi tadi, Mahkamah Majistret membenarkan polis mereman
remaja tersebut selama 4 hari. Dia dilihat dalam keadaan kaku
ketika berjalan melepas sekumpulan wartawan. Bayangan lori
Menurut Nik Ros, remaja itu dalam perjalanan pulang dari
sebuah kelab di Bukit Mertajam menuju ke rumahnya di
Butterworth.

Dia terlepas jalan ke Permatang Pauh dan terus menuju ke
Plaza Tol Sungai Dua.

Di situ, dia melihat seakan-akan sebuah lori di tengah jalan dan
dengan pantas melakukan pusingan U ke lorong paling kanan,
meletakkan kereta itu di arah berlawanan di lorong paling
kanan.
“Ketika melakukan pusingan secara tiba-tiba itu, dia menggeser
3 kenderaan lain sebelum memandu 5km dan merempuh
sebuah Perodua Kelisa dan 5 lagi kenderaan.

“Pemeriksaan kamera lebuh raya mendapati tidak ada lori di
tengah jalan seperti yang didakwanya,” Nik Ros memberitahu
wartawan hari ini. Dakwaan bunuh Insiden semalam
 mengundang pelbagai reaksi pengguna media
sosial, dengan gesaan supaya remaja itu didakwa atas tuduhan
membunuh.

Bagaimanapun, Nik Ros berkata ia tidak boleh dilakukan kerana
tindakan itu tidak berniat membunuh.

Menurutnya, Seksyen 44 Akta Jabatan Pengangkutan Jalan
membawa hukuman 4-10 tahun, manakala bagi kesalahan
bunuh tanpa sengaja di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,
ia hanya membawa hukuman maksima 2 tahun.

Nik Ros turut mengesahkan remaja tersebut dalam keadaan
khayal kerana pengambilan dadah, tetapi polis masih menguji
sampel darah untuk kandungan alkohol.

Menurutnya, remaja itu akan disiasat di bawah Seksyen 15 Akta
Dadah Merbahaya 1952 kerana salah guna dadah.

SUMBER: http://bersihotai.blogspot.com/2017/03/penjelasan-pihak-polis-kenapa-remaja.html
loading...

0 Response to "Tahniah Remaja Ini Bebas dari kesalahan Membunuh... Dah kata apa dah..... Cam mana Pun mesti terlepas punya..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close