loading...
Pasti diantara anda yang pernah mengalami isu kecemasan tayar pancit atau rosak. Lebih – lebih lagi bila baru perasan di highway atau jalan raya. Demi menjaga keselamatan. Pemilik kenderaan wajib menukarkan tayar tersebut. Kebiasaan kejadian ini berlaku ketika saat yang tidak dijangka lepas tu kedai tayar pulak jauh. So nak tak nak kena lah tukar tayar spare kan.
Persoalannya sekarang ni bila tukar tayar spare, anda mesti perasan size tayar tersebut lebih kecil dari size normal. Kenapa?
Ini jawapannya:
Tayar spare kecil supaya ringan dan menjimatkan minyak dan ruang. Yelah sebab tayar tersebut akan diletakkan di bonet kereta.
Pengajaran menukar tayar:
1. Tayar yang bocor kena cepat-cepat hantar kedai untuk dibaiki kebocorannya. Dan lepas tu mekanik akan tukar semula tayar spare ke tayar asal.
2. Tayar spare tak boleh guna lama-lama… Tahukah anda, selalunya tayar spare lebih kecil dari tayar asal kita…? Tak semestinya aku rasa, tapi selalunya macam tu lah… Oleh kerana ketidakseimbangan itu lah kita kena cepat-cepat baiki tayar asal dan tukar semula. 1 tayar yang tak sama saiz tentu membuatkan kereta kita tak seimbang.. Lama-lama tak sedap dah nak pandu. Betul tak?
3. Masa pandu tu, jangan suka-suka hati masuk lubang ke lopak ke apa ke.. Kita tak tahu apa yang ada dalam tu. Kalau tak ada paku atau apa-apa benda tajam pun, tepi lubang, terutamanya lubang yang agak dalam, boleh merosakkan tepi tayar kereta kita. Kalau bahagian tepi tayar yang rosak, pecah atau retak teruk, itu lagilah tak dapat diselamatkan. Tayar tu kena ganti baru terus.
4. Paling penting jangan kena tipu oleh kedai kereta dengan membayar harga lebih dari sepatutnya..
loading...
0 Response to "Mesti Ramai Yang Tak Tahu Kan..Kenapa Tayar Spare Saiznya Lebih Kecil? Mohon Sebarkan.."
Post a Comment