Suami Isteri Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Beriadah Di Taman Permainan

loading...
Suami Isteri Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Beriadah Di Taman Permainan


KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas maut disambar petir ketika beriadah di padang permainan di Bandar Puchong Jaya di sini, petang semalam, lapor Berita Harian.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, dilihat tertiarap di atas trek jongging oleh orang awam selepas dipanah petir di padang permainan Jalan Kenari 10.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, seorang daripada mangsa berdarah di kepala ketika anggota tiba di lokasi kejadian.
"Pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba lokasi pada jam 7 malam mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di mana mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat"

"Hasil pemeriksaan polis juga menemui kesan serpihan panahan petir pada batu laluan pejalan kaki di lokasi kejadian."

"Kita mengesan pendarahan di muka mangsa berkemungkinan akibat terjatuh atau terhantuk," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
loading...

0 Response to "Suami Isteri Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Beriadah Di Taman Permainan"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close