Ini Sebabnya Mengapa Tindakan Profesor Yang Tular Baru-Baru Ini Dalam Menghalang Anaknya Dari ‘Mengganggu’ Sesi Temubual Harus Diberi Pujian

loading...
Ini Sebabnya Mengapa Tindakan Profesor Yang Tular Baru-Baru Ini Dalam Menghalang Anaknya Dari ‘Mengganggu’ Sesi Temubual Harus Diberi Pujian


Sebelum ini tular di media sosial akan temubual di antara BBC dan seorang Profesor, yang mana ianya bertukar lucu apabila sewaktu sesi temubual secara ‘live’ berlangsung, ianya ‘diganggu’ oleh anak Profesor tersebut yang masuk ke dalam bilik.

BACA: (Video) 'Maafkan Saya...': Sesi Temuramah Serius Antara BBC Dan Professor Ini Bertukar Lucu Apabila Dua Anaknya Masuk Mengacau
Namun begitu, walaupun ianya dilihat lucu, terdapat segelintir masyarakat, khususnya masyarakat Barat yang berpendapat tindakan Profesor tersebut, menolak anaknya adalah tidak sepatutnya berlaku, seolah-olah berlagak ‘cool’.
Tetapi, tindakan Profesor tersebut bukanlah tidak menghormati keluarga, ia lebih kepada bersikap profesional. Kerana menurut perkongsian dari saudara Ayman Rashdan Wong, terdapat satu konsep yang diamalkan oleh masyarakat Korea (dan juga Jepun) ketika berhadapan dengan orang ramai.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
MAT SALLEH TAK KENAL ADAB

Profesor yang ditular ('viral') ini bernama Robert E. Kelly. Beliau adalah salah seorang pakar rujukan dalam hal-hal berkaitan hubungan antarabangsa Korea Selatan dan Korea Utara. Beliau mengajar di Pusan National University dan kerap menyumbang kepada The Diplomat dan Duck of Minerva.
Saya banyak belajar dari artikel-artikel beliau. Beliau membantu saya memahami tindak tanduk Korea Utara dan logik di sebalik hubungan China, dua Korea dan USA.
Beliau ditular sebab ada video yang menunjukkan beliau menahan 'cool' semasa anak-anaknya kacau temu bual beliau bersama BBC. Maka Mat Salleh berpusu-pusu komen 'I think he seems kinda like a jerk, pushing his kid away', 'too bad the children were not just welcomed with love' sekian sekian.
Itulah perangai kebanyakan Mat Salleh: 'arrogant' (angkuh) dan 'self-righteous' (perasan bagus). Profesor Kelly sudah bermastautin di Korea Selatan hampir 10 tahun, dan beliau juga berkeluarga dengan orang Korea. Beliau telah berasimilasi dengan masyarakat Korea. Beliau bertindak atas norma masyarakat di situ.
Dalam masyarakat Korea (dan juga Jepun) yang dipengaruhi budaya Confucianisme, ada konsep bernama 'chemyeon' (체면 - 'muka') atau adab di hadapan orang ramai. Berinteraksi dengan kanak-kanak atau ahli keluarga sendiri semasa bercakap dengan orang lain dikira biadap. 
Bukan tak sayang anak, cuma sayang itu tak perlu ditunjuk depan orang ramai. Dan orang yang tengah bercakap dengan kita itu (wartawan BBC dalam kes ini) adalah orang yang lebih patut dihormati.
Norma orang Asia mementingkan keselesaan orang lain. Orang Jepun dan Korea mendidik anak supaya tidak membuat bising atau memekak di tempat awam, sebagai tanda menghormati orang lain.
Orang Asia Timur tak perlu berciuman di tempat awam untuk menunjukkan mereka mencintai satu sama lain, tapi perkahwinannya boleh tahan 50-60 tahun. Mat Salleh yang berciuman di tempat awam untuk bagitahu satu dunia betapa bahagianya mereka itu perkahwinannya mungkin boleh bertahan satu hari sahaja.
Tengok ada perempuan yang mampu menenangkan kanak-kanak, terus membuat andaian bahawa orang itu adalah pembantu rumah. Itulah Mat Salleh yang sudah tidak kenal arti institusi keluarga dan peranan suami isteri dan ibu bapa. Tapi ada muka nak 'condemn' orang tanpa memahami budaya tempatan. Nampak ada wanita yang menjadi suri rumah, kata 'patriaki', 'menindas wanita'. Habis satu dunia mahu diubah mengikut acuan mereka.
Tapi reaksi Profesor Kelly di Twitter paling 'win':
'Is this kinda thing that goes viral and gets weird'?
Tak ada kerja punya Mat Salleh.
Penulisan ilmiah pasal 'chemyeon' - Choi Sang-Chin & Kim Kibum. (2004) ‘Chemyeon: Social Face in Korean Culture.’ Korea Journal Vol. 44:2.
Video yang ditular sebelum ini, anda boleh lihat kembali di bawah.
loading...

0 Response to "Ini Sebabnya Mengapa Tindakan Profesor Yang Tular Baru-Baru Ini Dalam Menghalang Anaknya Dari ‘Mengganggu’ Sesi Temubual Harus Diberi Pujian"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close