loading...
Balik UK Isteri Perangai Pelik..Rupanya Ini Sebenar Berlaku Buat Aku TAKUT !!! |Saya
seorang suami dan telah berkahwin selama 8 tahun. Sebelum ini saya
bekerja di UK selama 6 tahun akan tetapi selepas isteri kehilangan bapa.
Isteri berhasrat untuk pulang ke Malaysia dan dia berjanji serta
bersedia susah senang bersama.
Kini
selepas hampir 2 tahun di Malaysia saya mula menghadapi masalah
rumahtangga yang agak serius. Isteri saya mula menjalinkan hubungan
dengan bekas kekasih lama. Saya akui masalah ini berpunca
dari saya mengabaikan isteri ketika memerlukan perhatian akan tetapi
saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Saya sibuk
mencari nafkah bukan melepak dengan kawan-kawan.
Saya
seorang bisnesman yang baru mula merangkak memang kekangan masa agak
memerlukan saya ditempat kerja. Niat saya adalah untuk mencari
kesenangan untuk isteri dan anak-anak. Sebab kalau boleh biarlah
pendapatan yang saya miliki seperti pendapatan saya di UK.
Masalah
yg berlaku saya kongsikan bersama adik-beradik mertua dan mak mertua.
Mereka memberi cadangan supaya membuat perubatan islam darul syifa. Yang
memeranjatkan memang isteri terkena sihir pemisah rumahtangga dari
ex-isteri saya. Saya cuba bawa isteri untuk berubat akan tetapi isteri
mengatakan saya lah yang menyihir isteri saya sendiri.
Kini
keadaan semakin buruk dimana isteri telah menfailkan surat fasak pada
makamah. Pada permulaan isteri meminta cerai sebab saya melebihkan
adik-beradik, sekarang isteri meminta cerai sebab memburukkannya pada
family mertua.
Persoalannya
adakah bila saya menceritakan hal yang memerlukan nasihat dari mak
mertua dan adik-beradik mertua saya dianggap seorang yang suka
memburukkan isteri?
Selain
perubatan islam bagaimana cara memujuk isteri yang hatinya keras untuk
kembali kepada saya? saya tahu isteri saya tak bersalah. Isteri
memerlukan seorang khalifah yang boleh membimbing. Isteri dijadikan dari
tulang yang bengkok mudah terpengaruh dengan suasana dan tekanan.
Saya
buntu sekarang. saya amat menyintai isteri saya, saya tiada niat
sebesar zarah pun memburukkan isteri saya, mungkin cara saya salah .saya
tidak mahu berpisah dengan isteri.saya tidak boleh hidup tanpa isteri
di sisi.##
loading...
0 Response to "KANTOI !! Balik UK Isteri Perangai Pelik..Rupanya Ini Sebenar Berlaku Buat Aku TAKUT !!! TAK SANGKA BEB !!"
Post a Comment