loading...
Sebelum ada gosip yang mengatakan yang pelakon Fattah Amin dan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim kini sedang menjalinkan hubungan cinta. Gosip tersebut dikuatkan lagi apabila Azrinaz ada memuatnaik gambar mereka bersama.
Menyedari kontroversi yang bertiup kencang, Fattah Amin tampil menyangkal dakwaan kononnya dia kini berkawan rapat dengan Azrinaz yang pernah isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.
Fattah sebaliknya menjelaskan isu dia dikaitkan dengan Azrinaz adalah satu fitnah yang tidak pernah berlaku seperti mana diperkatakan.
"Ia merupakan satu fitnah sehingga tersebar di laman sosial. Saya terpanggil membuat kenyataan ini kerana ia tidak benar. Saya cuba berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan”
"Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga fitnah. Azrinaz datang bersama kawan-kawannya dan yang lain juga memuatnaik gambar saya bersama mereka, persoalannya kenapa ada isu dan terhadap saya dan dia.
"Ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini dan mungkin kerana Azrinaz adalah selebriti dan itu yang dijadikan bahan bualan sehingga jadi fitnah," jelasnya.
Sementara itu, Azrinaz dalam masa yang sama merasakan dakwaan yang dilemparkan adalah mengarut selain terkejut kerana pertemuan itu adalah yang kali pertama buat mereka. Malah beliau juga tidak menyangka gambar berduaan yang dimuatnaik boleh mencetuskan spekulasi besar.
Apapun sekarang segalanya sudah terjawab, mereka hanya berkawan saja.
loading...
0 Response to "GOSIP CINTA: FATTAH AMIN NAFI AZRINAZ KEKASIHNYA"
Post a Comment