"AKU DAH MOVE ON KAU CARI PASAL" - FASHA SANDHA DEDAH JEJAI GILA TALAK?

loading...
"AKU DAH MOVE ON KAU CARI PASAL" - FASHA SANDHA DEDAH JEJAI GILA TALAK?

Dek kerana sering diganggu membuatkan pelakon Fasha Sandha sudah tidak boleh berdiam diri lagi apabila telah meluahkan isi hatinya serta mendedahkan beberapa foto yang menunjukkan seakan seseorang masih menagihkan cinta darinya menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Fasha yang sudah lebih setahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak ini memuatnaik gambar dia menerima hampir seribu missed calls, beribu mesej dan rakaman suara oleh seseorang.
Klik gambar untuk besar
Berikut merupakan luahan hati pelakon filem 'Badang The Movie' ini:
"Bismillahirahmanirahim. Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita. Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan.
"Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya.
"Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
"Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'HASUTAN' orang yang lama.
"Apapun, Takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas 'SEBAB2 TERTENTU'. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya..
"Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI.
Selepas tidak bersama; Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam; Saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya. Belajar menghormati privasi saya.
"Please Get well soon, to u and family; Akan ku buka satu demi satu. Biar semua orang tau...kisah sebenar. Demi membela diri. Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. Agar mereka sedar siapa yang GILA," tulis Fasha.
Disamping itu, Fasha turut meluahkannya menerusi beberapa hashtag di IG:
#akudahmoveonkaucariPASAL #semogaINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu #biladahgelabahkauSAMANsanasini #akuadabukti #akubaikkaupijakkepala #kaumasihlagigila #dramaseribuepisod
Sebelum ini, Fasha mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dan Rizal dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Rizal pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 9.
Sumber: Astro Gempak & Fasha Sandha IG
loading...

0 Response to ""AKU DAH MOVE ON KAU CARI PASAL" - FASHA SANDHA DEDAH JEJAI GILA TALAK?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close