loading...
TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!! |
Usah pelik dan usah tidak percaya , semua ini sememangnya ada berlaku .
Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya
berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada
pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada
rezeki yang Allah telah tetapkan untuk kita.
Keluar
ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang
bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan
sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah
sedap.
Tiba-tiba
teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan
bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10
minit saja pun kalau memandu.
Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.
“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”
Duduk
dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi
cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri
kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan
berseri.
Sementara
menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling
memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil
diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah,
mula menggaru kepala yang tidak gatal.
Kepala
didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan
berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam
memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti
yang kita selalu lihat dalam kaca tv.
Wajahnya,
harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya
dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali
apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh
kepada pelanggan.
“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.
Kepala
digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit
pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan
orang macam pengemis meminta sedekah.
Petua
orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau
geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan.
Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud
ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa
makan.
Ketika
tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang
merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh
melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala
diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.
Lembaga
itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di
kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng
sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air
tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.
“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”
Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.
“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.
Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.
Sebaik
saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke
kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori.
Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki
terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.
Teh
tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis.
Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral.
Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah
menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.
Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.
Pelahan-lahan
botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak
kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin
mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.
Badan
dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu.
Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan
raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan.
Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.
“Buat tak tahu je lah”
Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.
Langkah
dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata
terus memandang lampu jalan. Ya, lembagai perempuan itu mash di situ.
Bagai menunggu arahan tuannya.
Sepanjang
perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya
sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya
memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata
juadahnya memang enak!
Apakah ketamakkan telah mengabui matanya? Wallahua’alam.. Kredit:- DakwatKhalifah
loading...
0 Response to "TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap “Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali” !!! ..Apa sebenarnya yang berlaku menjadi TANDA TANYA..???"
Post a Comment