Takut Korea Utara? Malaysia Pernah Usir Diplomat Soviet! Baca Ni.. FAKTA Yg Ramai TAK TAHU!

loading...
Takut Korea Utara? Malaysia Pernah Usir Diplomat Soviet! Baca Ni.. FAKTA Yg Ramai TAK TAHU!

ANTARA topik paling panas tular dalam media sosial akhir-akhir ini konon kerajaan Malaysia �pengecut� dengan Korea Utara sehingga negara rejim komunis itu berani �buli� balik negara ini.

Bayangkan tidak sampai 24 jam, Putrajaya mengusir Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, Pyongyang selamba membalas dendam apabila menghalau Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad.

Paling dahsyat, Kementerian Luar Korea Utara bertindak lebih jauh apabila menjadikan 11 rakyat Malaysia di negara itu sebagai �tebusan� sehingga mayat Kim Jong-nam yang dibunuh ejen mereka diserahkan balik ke tanah airnya.

Ironi, Pyongyang sebenarnya tersilap langkah, apabila Putrajaya tanpa mengambil masa lama, terus mengeluarkan arahan menyekat semua warga Korea Utara yang cuba keluar daripada Malaysia waima bertaraf diplomatik!

Babak inilah dijadikan bahan kecaman segelintir warga Malaysia yang tipis semangat patriotik khasnya apabila menjadikan isu ketegangan itu konon sebagai kelemahan kepimpinan politik negara kita.

Ada tanpa rasa malu buat tohmahan jahat konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak �lemah� menghadapi pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, adik tiri mendiang Jong-nam yang mati dibunuh 13 Februari lalu.

Hakikatnya, tanpa disedari banyak pihak dari sudut amalan antarabangsa, Pyongyang sebenarnya memang jelas bersalah dalam hal ini, malahan mencabuli Artikel 9 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Kali terakhir insiden sebegini dicatatkan dalam sejarah ialah ketika 52 staf diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Teheran ditawan penuntut universiti Iran selama 444 hari dari 4 November 1979 sehingga 20 Januari 1981.

Ia susulan kejatuhan dinasti Shah Pahlavi pro-AS dan kebangkitan Revolusi Syiah Iran oleh pemimpin tertingginya, Ayatollah Ruhollah Khomeini sekali gus menyaksikan hubungan diplomatik Teheran-Washington DC terputus.

Terdahulu, 53 petugas Kedutaan AS di Bangunan AIA Kuala Lumpur ditawan pengganas Tentera Merah Jepun pada 1975 dan menyebabkan kuasa besar dunia itu memindahkan bangunan canseri ke Jalan Tun Razak pada 1990.

Insiden sebegini pernah berlaku di Peru apabila kediaman Duta Jepun ditawan pemberontak MRTA menyaksikan ramai tetamu termasuk duta Malaysia menjadi tebusan pada akhir 1996 sebelum berakhir 126 hari kemudian.

Dalam konteks Malaysia pula, ini bukan kali pertama negara kita mengusir diplomat asing sebagai status �persona non grata� waima dengan kuasa besar dunia yang kekuatan tenteranya jauh lebih hebat berbanding kita sendiri.

Antara mendapat liputan luas media antarabangsa sebelum era kemunculan laman sosial maya, ialah kes tiga diplomat Kedutaan Kesatuan Soviet (kini Rusia) pernah dihalau pada 1981 kerana melakukan aktiviti pengintipan.

Untuk rekod, salah seorang setiausaha sulit Tun Dr. Mahathir Mohamad turut ditahan pihak polis kerana menjadi ejen perisik Soviet, dan ia berlaku beberapa hari sebelum beliau dilantik sebagai perdana menteri yang keempat.

Jangan lupa, tindakan Malaysia berani menghalau staf diplomatik Soviet kemudian diikuti negara jiran, Singapura dan Indonesia atas sebab sama, namun pembangkang ketika itu tidak menjadikan ia bahan polemik di Parlimen.

Bayangkan, jika dengan pihak Soviet yang pernah menaungi Korea Utara sepanjang Perang Dingin dengan AS pun, Malaysia boleh bertindak �garang�, apatah lagi rejim diktator Jong-un yang hidup dalam ketakutan dan penuh ilusi.

Justeru tiada istilah takut dengan Korea Utara kerana sejarah membuktikan pasukan keselamatan negara kita muncul satu-satunya di dunia berjaya menghancurkan pengganas komunis tempatan menerusi taktik perang gerila.

Realitinya dalam konteks geopolitik global, Pyongyang sebenarnya memerlukan Putrajaya kerana negara terpencil itu teruk disisihkan masyarakat antarabangsa akibat sikap �bodoh� mereka akhir-akhir ini.
loading...

Related Posts :

0 Response to "Takut Korea Utara? Malaysia Pernah Usir Diplomat Soviet! Baca Ni.. FAKTA Yg Ramai TAK TAHU!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close