TAK KISAH DIPANDANG SERONG - SHUIB SEPAHTU MAHU BERSANDING LAGI...

loading...
TAK KISAH DIPANDANG SERONG - SHUIB SEPAHTU MAHU BERSANDING LAGI

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu, 33, yang baru sahaja bersanding buat kali pertama pada 26 Februari lalu selepas enam tahun berkahwin, telah menyuarakan hasrat untuk naik pelamin lagi.
Jelas Shuib, dia merancang untuk mengadakan majlis yang sama enam tahun dari sekarang iaitu pada sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-12.
"Majlis persandingan itu satu perkara yang seronok. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak akan rasa kepuasan seperti ini.
Klik untuk gambar besar
"Jadi tak salah kalau saya dan Sarah untuk buat lagi nanti. Kalau ada rezeki, ulangtahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi.
Tambah Shuib lagi, dia dan Siti Sarah juga berpeluang mengenali ahli keluarga kedua-dua belah pihak sepanjang proses majlis itu.
"Sebenarnya sambutan ulangtahun perkahwinan bukan keutamaan. Paling utama himpunan keluarga. Saya berjaya pertemukan kembali ibu dan bapa saya yang telah sekian lama berpisah. Mereka sebelum ini tak boleh bertemu, tapi akhirnya majlis saya itu menjadi saksi.
"Sejak malam berinai, saudara-mara yang sebelum ini tak pernah kenal... saya jumpa. Rasa seronok sangat bila dapat kumpulkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak," katanya penuh ceria.
Ditanya mungkin hasratnya untuk bersanding lagi nanti akan dipandang serong kerana ia mungkin dianggap sesuatu yang janggal, Shuib berkata ia adalah caranya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.
"Ini adalah cara saya untuk hangatkan hubungan cinta sebagai suami isteri. Tak salah rasanya untuk saya jemput saudara mara meraikannya dalam satu majlis seperti majlis perkahwinan.
"Sejujurnya apa yang saya lalui selepas bersanding adalah sangat menyeronokkan. Rasa macam baru mula bercinta dan berkahwin," tuturnya.
Untuk makluman, Shuib dan Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang tiga orang anak iaitu Uwais Alqarni, 6, Zakira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 1.

Sumber: mStar
Foto: Shuib Sepahtu IG & Siti Sarah Raissuddin IG
loading...

0 Response to "TAK KISAH DIPANDANG SERONG - SHUIB SEPAHTU MAHU BERSANDING LAGI..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close