Semak Kelayakan Anda Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Percuma (Silakan SHARE)

loading...
 Semak Kelayakan Anda Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Percuma (Silakan SHARE)

Untuk pengetahuan yang menantikan pesaing Astro iaitu MYTV Broadcasing sudah mula mengedarkan Dekoder MYTV Basic secara percuma kepada semua yang layak. Adakah anda salah seorang yang bertuah itu?
Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara secara percuma.
Penerima MYTV Basic perlu membuat pemasangan sendiri berpandukan Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder tersebut.
Okay, diingatkan ada bayaran yang dikenakan sekiranya anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan.
Bagi yang memerlukan bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak RM50 akan dikenakan. Tiada yang percuma okay!

Cara semak untuk MYTV Dekoder Basic percuma

Dah semak kelayakan anda sama ada layak atau tidak untuk menerima MYTV Dekoder Basic ini secara percuma? Kalau belum, jom kita semak kelayakan anda dengan cara yang sangat mudah di bawah :
1) Layari laman web utama MYBROADCASTING MALAYSIA dengan klik pautan ini.

2) Cari bahagian semak kelayakan Unit Dekoder Percuma seperti di atas. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan dan klik butang ‘hantar’.
3) Sebaik sahaja anda klik pada butang ‘hantar’, anda akan mendapat keputusan sama ada layak atau tidak dengan segera. Contoh di atas adalah rakyat Malaysia yang malang kerana tidak layak untuk menerima MYTV Basic Decorder. Hehehe…
Oh ya, kalau anda terpilih dan layak untuk menerima Dekoder MYTV Basic percuma dan tidak tahu bagaimana untuk memasang dekoder tersebut, anda bolehlah mencari ejen di kawasan anda.
Klik di sini untuk melihat senarai ejen pemasangan dekoder MYTV seluruh Malaysia.
loading...

0 Response to "Semak Kelayakan Anda Untuk Mendapatkan Dekoder MYTV Percuma (Silakan SHARE)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close