loading...
'Saya Ada Penyakit & Hayat Saya Singkat, Apa Patut Saya Buat' - Jawapan Dari Lelaki Ini Akan Buat Kita Sebak
'Maafkan saya encik, anda cuma ada masa sebulan saja lagi untuk hidup.' - Apabila doktor memberitahu berita seperti ini, mungkin akan ada dalam kalangan kita akan terduduk tidak terkata apa mendengar 'berita buruk' itu.
Namun, itu cuma bagi sesetengah orang. Mungkin untuk sesetengah yang lain, mengetahui ajal akan menjemput tidak lama lagi merupakan satu perkara yang baik.
Seorang pengguna Facebook, Aiman Banna, yang juga seorang motivator, menerima berpuluh-puluh surat ketika beliau menjalankan tugas di Kolej Vokasional Jasin.
Namun, dalam kebanyakan surat itu, ada sehelai yang mencuri perhatiannya.
"Saya ada sakit dan sata tahu hidup saya hampir singkat. Apa yang perlu saya buat dalam jangka hayat yang singkat ni untuk bertaubat sebab saya tahu hidup saya banyak dengan dosa?" tulis surat tersebut.
Mengakui sebak dengan soalan yang dikemukakan itu, Aiman Banna berkata sebenarnya dia cemburu dengan tuan kepada soalan itu.
"Antara soalan yang buat saya sebak semalam di KV Jasin. Saya dapat berpuluh-puluh soalan cuma soalan ini sangat buat hati sebak
"Jawapan saya panjang, cuma saya ringkaskan sedikit; "Saya cemburu dengan awak sebab awak tahu bila (tidak lama lagi) awak akan tinggalkan dunia.
Tambah Aiman Banna, beliau gusar sekiranya lalai dan mati dalam keadaan bermaksiat serta tidak sempat bertaubat.
"Saya takut, saya mati tiba-tiba dalam keadaan saya tengah bermaksiat atau tak sempat bertaubat. Na'uzubillah.
"Tapi lain untuk awak. Awak boleh sedia dengan taubat dan solat, hidup awak boleh fokus tinggalkan maksiat sungguh-sungguh. Awak boleh fokus ibadat. Bercinta dalam tahajud & dhuha.
"Berbaik dengan mak ayah, minta maaf dengan semua yang pernah tersilap. Jangan risau. Taubat itu sangat indah. Anda taubat sekali, Allah ampunkan dosanya sekaligus. InshaAllah Allah kurnia kamu Syurga. Amin!" tulis Aiman Banna.
loading...
0 Response to "Sayu !!! 'Saya Ada Penyakit & Hayat Saya Singkat, Apa Patut Saya Buat' - Jawapan Dari Lelaki Ini Akan Buat Kita Sebak"
Post a Comment