loading...
Manjung : Angkara mat rempit berlumba haram seorang remaja berusia 15 tahun maut dilanggar ketika menunggang motosikal.
Anas seorang insan yang baik dan disenangi rakan-rakan maut ditempat kejadian parah impak rempuhan dari kemalangan terbabit
Kematian Anas diratapi oleh keluarga dan rakan-rakan sekolah arwah, semasa jasad nya di Hospital ramai rakan-rakan nya turut menziarahi sehingga lah ke tanah perkuburan.
Harian metro melaporkan seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dua motosikal lain dalam di Kilometer 6 Jalan Ipoh-Lumut di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Anas Redha Khair Al Anwar, 15, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera akibat dirempuh kumpulan dipercayai mat rempit yang sedang berlumba haram.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, kejadian membabitkan tiga motosikal ketika mangsa yang menunggang Honda EX5 dikatakan sedang keluar dari satu persimpangan lampu isyarat untuk ke arah Sitiawan.
Menurutnya, tiba-tiba datang motosikal Kawasaki RR 150 ditunggang seorang lelaki berusia 21 tahun dan Modenas CT100 ditunggang remaja 19 tahun dari arah Lumut ke Sitiawan, melanggar sisi motosikal mangsa.
"Dua remaja terbabit dipercayai sedang berlumba dan akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Penunggang Kawasaki luka mata kanan, bahu kiri dan jari kaki kanan manakala penunggang Modenas pula luka mata kanan, dagu, siku dan kaki," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tengku Mohd Zailan berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Unit Kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
loading...
Salam admin, minta jasa baik admin tolong delete berita ni. I'm her sister
ReplyDelete