SAYU !!! Kami tak percaya dia bunuh diri, Identiti lelaki maut dengan kesan tembakan pada dahi di Kajang (8 Gambar)

loading...
Kami tak percaya dia bunuh diri, Identiti lelaki maut dengan kesan tembakan pada dahi di Kajang (8 Gambar)



Kajang : Kematian tragis seorang lelaki yang dikenali dengan kesan tembakan didahi mengundang pilu dan kejutan pada sahabat yang mengenali arwah.

Arwah seorang yang sangat disenangi rakan ditemui mati dengan kesan tembakan didahi dan tangan nya memegang sepucuk pistol  revolver semasa dirinya bersama rakan-rakan yang lain berbincang mengenai perniagaan.

Bernama seorang lelaki ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata mangsa yang berumur 39 tahun ditemui terbaring di tingkat tiga rumah itu kir-kira 3 pagi. 








Siasatan polis mendapati sebelum itu mangsa tiba di rumah tersebut kira-kira tengah malam untuk berbincang bersama 11 individu lain termasuk pemilik rumah berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya rakan mangsa melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan di tingkat atas rumah itu dan kemudian mendapati mangsa terbaring berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala bersama sepucuk revolver di tangannya. 

"Hasil siasatan pasukan forensik polis Selangor dan Pakar Forensik Patologi Hospital Serdang mengesahkan terdapat keraguan dalam kematian si mati yang dikatakan membunuh diri," katanya. 

Othman berkata berkata berikutan kejadian itu, 11 lelaki yang berada dirumah itu kini ditahan bagi membantu siasatan termasuk diminta menjalani ujian sisa tembakan pihak forensik. 

Menurutnya polis turut menahan dua wanita iaitu isteri kepada pemilik rumah berkenaan dan pembantu rumahnya bagi siasatan lanjut. 

"Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 30 hingga 59 tahun manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya. 

Othman berkata polis turut merampas pistol berkenaan dan dihantar ke pasukan forensik untuk ujian balistik. 

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca  dan motif kejadian,' katanya.-Al fatihah
loading...

0 Response to "SAYU !!! Kami tak percaya dia bunuh diri, Identiti lelaki maut dengan kesan tembakan pada dahi di Kajang (8 Gambar)"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close