loading...
”Perlu Ke Nak Bangun Tahajud?”..Ini Balasan CASH Buat Pelajar Universiti SERIK !!! |Aku
dah nak masuk sem 5 insyaAllah. Nak dimulakan cerita, dulu aku lah yg
paling liat nak solat. Memang tunggang terbalik. Kejap solat kejap
tidak. Kadang tu sebab malas nak bukak and pakai balik tudung so aku tak
solat sebab nak kena amek wuduk.
End
up, sem 1-3 aku hancur. Takda lah hancur mana. Maksud aku, yelah kan,
hubungan dgn Allah tak jaga. Macamana yg lain nak okay? Result aku
walaupun alhamdulillah 3.0 ke atas tapi tak pernah dekan, aku study pun
seminggu sebelum exam ataupun malam sebelumnya, aku tidur je banyak,
nota haram tak pernah buat pun, depends on lecture notes je, dgn kawan
kawan pun macam on off je kadang kadang cepat je gaduh lah masam muka
lah. Pendek kata, busuk hati aku ni kuat lah sangat kan.
Sampai
lah satu ketika tu, masa sem 3, ada satu hari tu aku serabut tahap dewa
sangat. Sebab masa tu aku gaduh dgn roommate aku. Aku taktau nak cerita
kat siapa. Aku call pakwe aku cerita kat dia sampai nangis gila gila
punya nangis lah kan. Dia dengar je mulanya. Lepas aku dah habis cerita
sambil nangis tu, dia tanya aku “Awak tak rasa macam something wrong ke
dgn hidup awak? Tak rasa macam ada yg tak lengkap?” Oh lupa nak cakap,
dia tahu perangai aku yg selalu amek mudah tentang solat ni. Bila dia
tanya macamtu, aku macam terdiam kejap. Aku blur dia nak cakap pasal apa
sebenarnya. Lepastu dia nasihat lah aku dia suruh aku mula drpd bawah
balik, dia kata mungkin sebab hubungan aku dgn yg atas tu aku takpernah
nak jaga. Sebab tu aku jadi macamni. Hari hari ada je benda yg nak
diserabutkan. Padahal benda remeh temeh je pun boleh buat aku cranky
sebulan dua. Mujur pakwe aku jenis sabar and faham dgn karenah aku. Dia
pesan kat aku “try istiqamah solat tak tinggal seminggu, lepastu mesti
awak rasa bersalah kalau tinggal solat walaupun satu waktu.”
Bila
dah kena wake up call ceramah agama tu, aku terus muhasabah diri. Betul
jugak apa dia cakap tu. Aku mula slow slow jaga solat aku. Setiap kali
dengar azan je, menderu aku pergi toilet amek wuduk. Walaupun solat aku
tak lah khusyuk mana, at least aku cuba utk jaga setiap waktu and solat
awal waktu. Betul apa pakwe aku cakap. Jangankan tinggal satu waktu pun
aku nak rasa bersalah, lewat setengah jam pun aku dah tak senang duduk.
Alhamdulillah, thankyou banyak banyak awak 🙂 Thanks to Allah jugak sebab gerakkan hati aku melalui dia.
Then
bila aku rasa aku dah okay dah istiqamah jaga solat tu, aku tambah
pulak baca Quran 4page setiap kali lepas solat. Alhamdulillah okay
jugak. Tenang je rasa. Tapi sebenarnya masa tu aku still rasa macam tak
cukup. Aku rasa macam aku kena buat lebih lagi. Aku overthinking kot
pasal ni malam tu sampai tak boleh nak tidur langsung. Mungkin ni
perancangan Allah kot. Dlm pukul 4:30 pagi tu aku tergerak hati nak
solat sunat. Selama ni aku share and retweet je pasal cara cara and
kebaikan solat sunat ni semua tapi tak pernah nak buat pun. Malam tu aku
buat. Solat sunat taubat, solat sunat tahajud, solat sunat hajat.
Lepastu aku baca Quran sampai lah subuh. Masya Allah tenang sangat rasa.
Terus aku rasa nak buat hari hari. Sampaikan even bila aku terlajak
tidur satu malam pun, time solat Subuh tu aku macam nak nangis sebab aku
terlepas qiam malam tu.
Allah
dengar and tahu isi hati aku. Alhamdulillah setiap hari mudah je aku
bangun pukul 4-5pagi utk qiam. Aku bukan nak riak tapi sejak aku amalkan
bangun malam ni, aku rasa hidup aku tenang. Takda dah nak busuk hati
dgn orang. Belajar pun mudah je. Rasa rajin pun ada, setiap malam kot
aku study. Aku amalkan sepanjang sem 4, alhamdulillah result aku naik
banyak haritu. Sikit lagi nak dekan tapi takpe, aku anggap takda rezeki
nak merasa dekan lagi. Tapi serious weh, aku dapat rasa ni semua
pertolongan yg Allah bagi sejak aku dekatkan diri aku balik pada Dia.
Sampai aku pernah terfikir, kalau lah aku tahu benda baik nak jadi kat
aku macamni, dah lama aku jaga solat.
Nak
masuk sem 5 dah aku ni, aku harap amalan aku ni akan berterusan sampai
aku grad sampai aku tua sampai aku mati. Korang doakan aku istiqamah
tauu. Aku bertatih lagi ni. Sekarang, aku percaya orang cakap “kalau nak
rasa keajaiban berlaku dlm hidup, jagalah solat malam”. – IIUM
Confessions
loading...
0 Response to "”Perlu Ke Nak Bangun Tahajud?”..Ini Balasan CASH Buat Pelajar Universiti SERIK !!!"
Post a Comment