MashaAllah...!! “Saya Diberi Minuman Kotor, Rahim Saya Diikat Supaya Tiada Zuriat Dengan Suami”..Kezaliman Ibu Mertua Pada Menantunya ini membuatkan Hidupnya Merana Seumur Hidup.. Tetapi dengan Bantuan ALLAH..Akhirnya..??.

loading...


Sebelum saya sakit, terlalu banyak kezaliman mertua lakukan pada saya. Saya diberi minuman kotor, rahim saya diikat supaya saya tiada zuriat dengan suami dan macam-macam lagi. Tetapi sebab sayang, saya telan, terima sehinggalah akhirnya saya rebah dengan sihir mertua.

Hampir 2 bulan saya sakit, saya langsung tidak dihiraukan oleh suami. Malah keluarga mertua langsung tidak mengambil kisah saya sebagai menantu yang sakit. Amat perit dengan permainan syaitan ini. Nasib baik saya masih ada seorang ibu yang banyak membantu saya.


Kerjaya saya hancur, duit untuk berubat juga tiada. Diri saya tidak terurus. Yang saya tahu, saya sering menangis merindukan suami sedangkan pada masa itu suami ada di depan mata tetapi seolah-olah saya rasa suami melihat saya dengan perasaan benci.

Saya ditengking oleh suami tanpa ehsan, akhirnya suami melangkah keluar dari rumah kami, pulang kepada keluarganya. Bila adik angkat saya, orang yang saya percaya tempat saya meluahkan rasa pula mengkhianati saya. Dengan menghantar semua mesej yang saya beri pada dia, diberikan semula pada suami saya dengan alasan dia tidak mahu menanggung dosa sebab saya memburuk-burukkan suami saya dan keluarga mertua.

Allahuakbar. Cukup terzalim saya diperlakukan. Adik angkat sendiri tahu dan lihat apa yang saya alami. Tetapi mengapa dia mengkhianati saya?

Selepas saya pulih dari sakit, Allah menguji saya dengan saya mengandung. Saya mencari cara untuk berdepan dengan suami sebab suami enggan berjumpa. Saya ingin khabarkan kepadanya bahawa saya mengandung zuriatnya. Saya bagaikan pengemis, mencari suami, telefon tak dijawab, mesej tak dibalas dan macam-macam cara saya buat agar dapat berjumpa dengannya.

Tetapi bila saya dapat berjumpa dengan suami, pandangannya masih juga sama. Benci melihat saya, katanya dia tidak dapat menerima saya yang menuduh ibunya telah menyihir saya, menyihir rumah tangga kami. Masa itu, hanya Allah kebenaran saya.

Selepas kejadian itu, saya pernah pengsan di jalanan duduk jatuh terhentak. Kandungan saya bergegar dan anak dalam kandungan saya hanya bertahan selama sebulan.

Selepas keguguran, saya habis pantang seminggu, saya mula mencari pekerjaan. Saya bangkit dari semua, berdiri di atas kaki sendiri dengan semangat anak-anak syurga saya. Saya failkan fasakh untuk meminta suami saya sedar. Namun siapa sangka, suami sendiri telah pergi ke pejabat agama untuk berkata dia rela menceraikan saya dan fasakh saya tidak diproses oleh pejabat agama.

Tetapi Allah itu maha mengetahui segala-galanya. Pejabat Agama menukar fasakh saya dengan sesi kaunseling dan masa itu saya berjuang bermati-matian atas nama Allah.

Saya diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua, saya tenang melalui semuanya. Kini saya masih lagi ada satu sesi untuk kaunseling. Sejujurnya saya tidak mahu lagi melihat muka suami, bukan kerana benci tetapi terkilan dengan apa yang terjadi
loading...

0 Response to "MashaAllah...!! “Saya Diberi Minuman Kotor, Rahim Saya Diikat Supaya Tiada Zuriat Dengan Suami”..Kezaliman Ibu Mertua Pada Menantunya ini membuatkan Hidupnya Merana Seumur Hidup.. Tetapi dengan Bantuan ALLAH..Akhirnya..??."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close