loading...
Memandangkan usia isterinya Elena Hani Eleas yang hampir mencecah 40 tahun pada tahun depan, pelakon Fahrin Ahmad memberitahu bahawa beliau sudah membuat perancangan untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat walaupun baru sahaja menimang cahaya mata sulung tahun lalu.
"Orang kata rezeki itu semua datang dari Allah tetapi kami ada merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam jangka masa yang terdekat.
"Bagi saya perlu cepat lah memandangkan usia isteri saya pun bakal mencecah 40 tahun tahun ini dan tidak elok jika dilambatkan.
"Saya sudah bagi hint mengenai ini, malah saya sempat menyakatnya supaya mahu timang anak kembar pula bagi kelahiran kedua.
"Namun saya tidaklah mendesaknya, saya akan tunggu bila dia sudah bersedia dan anak saya pertama ini sudah membesar sedikit dalam setahun begitu," katanya yang turut mengakui kehadiran bayi sulungnya itu telah melengkapi kehidupannya.
Bak kata orang, anak itu memberi rezeki kepada ibu bapa jadi apa salahnya kalau menginginkan anak yang ramai bukan. Seperti Fahrin, melalui pengalaman pertama sebagai bapa pasti menjadikan pembesaran bayi itu lebih seronok.
loading...
0 Response to "MAHU TAMBAH CAHAYA MATA - FAHRIN AHMAD TERINGIN KEMBAR"
Post a Comment