loading...
Adakah McDonald's melakukan kesalahan?
Sudah pasti makanannya bukan makanan paling sihat, tetapi rasa masin dan lemak itu sangat menyelerakan! Serba salah untuk menolak jika dipelawa oleh rakan, bukan?
Perasan tak rasa Coca-Cola dari kedai makanan segera lebih sedap berbanding tempat lain? Ini kerana McDonald's telah memastikan supaya Coca-Cola di tempat mereka rasa berlainan.
Ini sebabnya. Sebab yang pertama ialah rasa tersebut tidak ada kaitan dengan berapa banyak jumlah gula yang diambil, tetapi kerana pihak McDonald's menggunakan sistem penapisan air. Cara ini membuatkan minuman tersebut rasa menarik, kerana air dalam minuman tersebut adalah 85 peratus. Air bersih tersebut menghasilkan kualiti produk yang lebih baik.
Berbanding menggunakan penghantaran minuman menggunakan beg plastik, McDonald's menggunakan bekas keluli tahan karat yang membantu mengekalkan bahan-bahan dan membuatkan minuman tersebut lebih segar.
Suhu juga memainkan peranan yang penting. Pihak McDonald's menebat minuman bergas menggunakan tiub dari peti sejuk ke pancutan soda, pada suhu di atas paras beku. Suhu yang sejuk penting untuk mengekalkan CO2 pada tahap optimum, yang akan menghasilkan rasa yang lebih berbuih dan rangup.
Anda inginkan minuman tanpa ais? Jangan pesan Coke tanpa ais kerana ais penting untuk mengekalkan rasanya.
loading...
0 Response to "KINI VIRAL : Pernah terfikir mengapa Coke di McDonald Berlainan Rasa Dari Coke Luar.... Adakah McDonald's melakukan kesalahan?"
Post a Comment