loading...
Ingat Latif Pemenang Emas Para Rio Ni ? Apa Dia Buat Dengan RM1 Juta Buat Ramai TERKEJUT !!! |
Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa tahu, itulah yang
boleh dikatakan mengenai salah seorang wira negara, Abdul Latif Romly
kejayaan di sukan Paralimpik Rio bakal mengubah kehidupan keluarganya,
lapor Harian Metro.#
Menurutnya,
satu ketika dulu dia dan keluarganya terpaksa bergelut untuk
mendapatkan bantuan membina rumah baru bagi menggantikan rumahnya yang
roboh dek dimakan anai-anai tapi kejayaan Latifnya di temasya Paralimpik
Rio bakal mengubah segala-galanya.#
Ibu
Latif, Salmah Yatim, 58, berkata, anaknya itu pernah memberitahunya
jika dia berjaya memenangi pingat emas, dia akan menggunakan wang
ganjaran RM1 juta yang bakal diperolehinya untuk membina rumah baru
untuk keluarga yang terletak di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri,
Arau.#
Kehidupan
keluarganya banyak bergantung kepada kepada hasil jualan barang seperti
kerisik, ikan, serai dan barangan kampung dengan jumlah pendapatan yang
tidak menentu.#
Tapi
dek kerana minatnya terhadapa sukan, ibunya sanggup berulang alik
mengambil Latif di Sekolah Menengah Syed Alwi di Perlis dengan hanya
menggunakan motosikal buruk.#
“Kami dulu susah. Pernah minta bantuan Baitulmal untuk memperbaiki rumah tapi ditolak tanpa alasan.#
“Biarpun susah kami tetap hantar Latif ke sekolah.#
“Selepas dia berjaya dalam sukan kehidupan kami mula berubah.#
“Dengan
duit dari sukan yang diperoleh itulah dia gunakan untuk membantu
keluarga memperbaiki rumah yang sudah dimakan anai-anai.#
“Sesungguhnya kami tidak menyangka Latif yang dahulunya seorang yang nakal dapat mengubah kehidupan keluarga,” katanya.#
Menurut
ibu Latif lagi, anaknya itu memang lemah dalam pelajaran sehinggakan
untuk mengeja namanya sendiri pun agak sukar tapi dia dianugerahkan
Allah kecemerlangan dalam sukan.
Beliau
menyatakan kerana sifat anaknya itu yang manja dan rapat dengan beliau,
dia bimbang untuk melepaskan Latif berlatih di Bukit Jalil kerana
bimbang Latif tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru,
tambahan pula dia tiada saudara mara di Kuala Lumpur.#
“Latif perlu diberikan perhatian khusus perlu diberikan kepadanya terutama jika dia demam selain tidak suka makan nasi.”#
“Saya
tidak memaksanya untuk pergi. Saya bagi dia membuat keputusan untuk
menentukan masa depannya. Syukur dia dapat menyesuaikan diri. Selepas
dia ke Bukit Jalil saya lihat dia banyak berubah dan kini kami bangga
dengan apa yang dicapainya,” kata Salmah.#
Kepulangan
pemenang pingat emas Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh T20
(masalah pembelajaran) amatlah dinantikan oleh ratusan penduduk kampung
dimana jalan utama ke rumah atlet berusia 19 tahun itu, sudah ada kain
rentang tertulis ucapan tahniah untuk dua wira Perlis – Latif dan
Mohamad Ridzuan Puzi. Kredit Hairan Metro.#
loading...
0 Response to "(KINI TRENDING) - Ingat Latif Pemenang Emas Para Rio Ni ? Apa Dia Buat Dengan RM1 Juta Buat Ramai TERKEJUT !!! Memang Ramai Tak Sangka Dia sanggup Habiskan DUIT macam tu saja.."
Post a Comment