“Kami cuma ada ayah dan kami hanya sayang ayah kerana mama dah tinggalkan kami. Kami tak nak jumpa mama kerana dia sampai hati tinggalkan kami bersama ayah yang sedang sakit,”..Sedih dengan rintihan anak2 ini.. Sebarkan Semoga ada insan yang Sudi membantu keluarga ini

loading...
“Kami cuma ada ayah dan kami hanya sayang ayah kerana mama dah tinggalkan kami. Kami tak nak jumpa mama kerana dia sampai hati tinggalkan kami bersama ayah yang sedang sakit,”..Sedih dengan rintihan anak2 ini.. Sebarkan Semoga ada insan yang Sudi membantu keluarga ini

PASIR GUDANG – “Terima kasih ayah kerana jaga kami empat beradik dan maafkan salah silap yang kami buat pada ayah,” kata kanak-kanak berusia 11 tahun ini.


Anak kedua kepada Mohd, 49, (bukan nama sebenar) itu berkata, dia kini hanya mempunyai ayah selepas ibunya menghilangkan diri sejak lebih empat tahun lalu.
“Kami cuma ada ayah dan kami hanya sayang ayah kerana mama dah tinggalkan kami. Kami tak nak jumpa mama kerana dia sampai hati tinggalkan kami bersama ayah yang sedang sakit,” katanya.
“Kami Tak Nak Jumpa Mama.. Kami Mahu Ayah Sahaja...”Sementara itu, Mohd berkata, dia reda dengan takdir yang tersurat dan perlu membesarkan empat anak berusia 12, 11, 10 serta 6 tahun tanpa isteri di sisi, walaupun tahap kesihatannya tidak mengizinkan.
Menurutnya, dia tidak tahu apa dosa anak-anaknya sehingga isterinya bukan sahaja tergamak meninggalkan mereka, malah langsung tidak datang menjenguk sejak meninggalkan mereka lebih empat tahun lalu.
“Sudah empat kali hari raya anak-anak beraya tanpa mama mereka, malah anak bongsu yang ditinggalkan ketika itu masih menyusu botol langsung tak kenal mamanya.
“Saya pernah merajuk bawa beg pakaian nak tinggalkan mereka kerana masing-masing bergaduh tak dengar cakap, tapi reaksi mereka buat saya sebak apabila semuanya datang memeluk erat saya,” katanya sebak.

Mohd berkata, dia berdepan masalah untuk mendapatkan sijil lahir buat tiga anaknya, sekali gus menyebabkan mereka tidak berpeluang bersekolah.
“Setiap hari anak-anak merengek minta ke sekolah kerana lihat abang dan rakan lain beruniform sekolah. Saya tak mampu buat apa-apa kerana telah berusaha untuk dapatkan sijil lahir mereka, namun permohonan ditolak dengan alasan perlu kehadiran isteri.
“Anak sulung seorang saja yang bersekolah kerana dia mempunyai sijil lahir yang diproses ketika mamanya masih ada,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya ketika dihubungi Sinar Harian berkata, bapa kanak-kanak terbabit diminta ke JPN berhampiran untuk mengenal pasti masalah sebenar permohonannya ditolak.
“Sekiranya dokumen lengkap, pendaftaran kelahiran anak-anak berkenaan sudah boleh diproses walaupun tanpa kehadiran ibu, kecuali ada masalah lain,” katanya. - Sinar Harian
loading...

1 Response to "“Kami cuma ada ayah dan kami hanya sayang ayah kerana mama dah tinggalkan kami. Kami tak nak jumpa mama kerana dia sampai hati tinggalkan kami bersama ayah yang sedang sakit,”..Sedih dengan rintihan anak2 ini.. Sebarkan Semoga ada insan yang Sudi membantu keluarga ini"

  1. bukan semua benda yg kita buat selalunya betul.xde anak yg suka makbapak cerai.seandainya itu takdirnya redha.pelihara silaturahim itu yg trbaik

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close