loading...
Ibu MEMAKI Anaknya Kerana Pecahkan Perfume MAHAL NYA, Lihatlah Jawapan Anaknya Yang Mengejutkan Dan Buat Ibunya GILA!!!
“Mama, ni duit yang ganti minyak wangi tu. Mama, Ajim dah tak ada duit raya. Ma, Ajim bayar sikit-sikit dulu tau.”
Kasihan. Si
kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas
‘naik hantu’ dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak
memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang
berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.
Diam-diam,
Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu
bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan
membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.
Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai ‘ditegur’ Allah dengan cara seperti ini?
“Saat
membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini...
Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang
sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat
sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan
kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil.”
Allah ya
Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu
Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian
ibubapa dalam mengawal kata.
Saya
terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak
mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai
kesayanganya..
"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..
"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah..
sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar
kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam
mendidik mereka!
“Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat.”
“Mama minta
maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama
kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama
takut hilang sabar lagi.”
Subhanallah.
Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah
berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri.
Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala
kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya.
Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.
Namun
sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf
dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah.
Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.
Anak-anak
melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata,
ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui
kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!
Ajarlah
anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang
tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah
kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Memang ada
kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka,
sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun
yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak
sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa
menyebabkan orang lain pula yang terluka!
Marilah
sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang
keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit
tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.
Kami memohon
keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan
solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah
beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.
Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin.
Ummu Nurin,
terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia
mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.
*Ummu Nurin
adalah salah seorang penulis yang berkolaborasi dengan saya menerusi
projek buku motivasi rumahtangga - Suamiku Encik Whatever.
loading...
0 Response to "Ibu MEMAKI Anaknya Kerana Pecahkan Perfume MAHAL nya, Lihatlah Jawapan Anaknya Yang Mengejutkan Dan Buat Ibunya MENITISKAN AIR MATA.."
Post a Comment