loading...
Suka Kutip Kucing Jalanan. Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Wanita Ini Buat Dia Rasa PELIK !!! | Assalamualaikum.
Di sini saya terpanggil untuk berkongsi tentang murah rezeki bila bela
kucing. Ini dari pengalaman saya sendiri. Kalau saya saja yang rasa
seperti ini, tak tahulah#
Saya
perasan perkara ini sudah lama. Saya memang jenis yang suka kutip
kucing di tepi jalan, di kedai makan dibawa pulang ke rumah dan beri
makan. Saya tak pernah beli kucing-kucing mahal sebab tak mampu. Boleh
dikatakan pada satu masa, bilangan kucing yang saya kutip boleh mencecah
29 ekor. Tetapi di rumahlah, di asrama tak ada pula saya nak bela
sampai berpuluh-puluh ekor#.
Nak
dijadikan cerita, semasa zaman belajar, saya ada mengutip seekor kucing
ini dan bela di dalam bilik. Kasihan si comel itu, kepalanya tersangkut
di celah tayar basikal. Entah macam mana boleh tersangkut pun saya tak
pasti#.
Jadi,
saya selamatkan dan bela dia. Momo, nama diberi. Masa belajar biasalah
elaun kadang-kadang datang lambat. Nak minta duit dari mak dan ayah
selalu pun rasa segan pula. Duit pula banyak digunakan untuk membeli
bahan bacaan dan untuk mengajar, praktikal dan sebagainya memandangkan
saya belajar di sebuah maktab.#
Tetapi,
walaupun kadang-kadang duit saya selalu short, perut saya tidak pernah
kosong. Setiap hari macam ada saja rezeki untuk saya. Ada kawan-kawan
yang belanja makanlah, lecturer buat potluck lah, jamuan itu inilah, ada
makcik sedekah buburlah, kawan tiba-tiba buat birthday party dan
macam-macam lagi. Semua dalam bentuk makanan.#
Kadang-kadang
saya pernah sampai tahap risau sebab tak ada duit nak bagi si Momo ini
makan. Tambahan pula makanan kucing agak mahal harganya. Jadi, biasanya
saya akan belikan nasi dan kongsi saja dengan Momo. Dia bukannya makan
banyak pun.#
Masa
itu saya tak sedar sangat. Tetapi bila sampai satu masa, ada seminggu
berturut-turut saya dapat makanan free. Kawan saya pun tiba-tiba kata,#
“Mungkin sebab Momo kot? Kau dah selamatkan dia, selalu beri dia makan, jadi dia selalu mendoakan kau,”#
Kata-kata
itu membuatkan saya terkedu. Boleh jadi, boleh jadi rezeki saya
dimurahkan sebab saya bersedekah pada haiwan kesayangan nabi. Tak
kisahlah rezeki dalam bentuk makanan pun, yang penting saya tak
kebuluran.#
Sedekah
bukan dalam bentuk duit sahaja kawan-kawan. Sedekah dalam bentuk
makanan pun boleh. Tak semestinya kena beri pada manusia, sedekah untuk
haiwan pun boleh juga. Murah rezeki kita nanti.#
loading...
0 Response to "(HOT STORY) - Suka Kutip Kucing Jalanan. Apa Yang Berlaku Dalam Hidup Wanita Ini Buat Dia Rasa PELIK !!! Sebarkan Info ini.Semoga Bermanfaat"
Post a Comment