loading...
Dek kerana memuatnaik gambar rumah ala kampungnya itu di Instagram beserta kapsyen yang menunjukkannya merasa kurang selesa menetap di rumah berkenaan yang mempunyai 8 buah bilik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah dikecam teruk oleh netizen.
Rata-rata netizen yang membaca kapsyen tersebut menganggap pengasas produk D'Herbs yang lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris itu riak kerana tidak bersyukur dengan apa yang beliau ada sekarang.
Umum mengetahui, Aliff sudah menjualkan rumah banglo mewah miliknya yang terletak di Kota Damansara kepada pengasas kosmetik, Nur Sajat dengan nilai RM11 juta.
Sementara menunggu rumah agamnya yang memakan belanja RM20 juta berkonsepkan istana British siap sepenuhnya, Aliff kini menetap di rumah sementaranya yang berkonsepkan ala kampung.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Datuk Aliff menerusi laman Instagramnya telah tampil memohon maaf serta memberitahu perkara sebenar.
Kata Datuk Aliff, beliau bukan sengaja mahu menimbulkan kekecohan ataupun merasa riak seperti didakwa tetapi cuma ingin berkongsi perasaan beliau ketika itu kepada rakan media sosialnya.
Pada masa yang sama, Aliff tampil memohon maaf terhadap isu yang sudah viral itu dan turut menjelaskan maksud disebalik kapsyen yang mendapat perhatian ramai.
"Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk sementara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap.. dan issue viral rumah yang saya katakan kecil 8 bilik ini sebab sebelum ini rumah ini kelihatan cantik sebab bilik yang ada kelihatan cantik tanpa ada baju yang banyak dan serabut...
"Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak share apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial saya dan saya tak sangka ia menjadi issue.. saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan statement saya sebelum ini," tulis Datuk Aliff.
Nampaknya Datuk Aliff pun telah tampil memohon maaf serta menjelaskan perkara sebenar dan dalam masa yang sama mengakui kesilapannya. Harap netizen dapat bertenang la ye..
loading...
0 Response to "DIKECAM TERUK ISU 'RUMAH KECIL' - DATUK ALIFF SYUKRI TAMPIL MOHON MAAF"
Post a Comment