Budak Lelaki Dari Penang Ini Sudah Jadi Jutawan? Hanya Dengan Cipta Aplikasi "Smartphone"

loading...
Budak Lelaki Dari Penang Ini Sudah Jadi Jutawan? Hanya Dengan Cipta Aplikasi "Smartphone"

GEORGE TOWN: Jika remaja lelaki seusia kebanyakannya baru belajar mengenali komputer, namun Lim Wern Jie sudah pun membangunkan lebih 50 aplikasi.
Lebih mengejutkan, aplikasi yang dibangunkan remaja berusia 13 tahun itu menerima sebanyak 600,000 muat turun terutama dari Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
Malah, 14 aplikasinya berjaya dibangunkan dan diterbitkan di Apple App Store.
Kira-kira AS$0.99 (RM4.40) untuk setiap muat turun, ia membolehkan remaja itu memperoleh sekitar AS$595,000 atau RM2.65 juta.
Namun, kebanyakan aplikasi yang dibangunkannya adalah percuma sehingga dijadikan sebagai berbayar baru-baru ini.
Wern Jie yang belajar cara untuk membangunkan aplikasi dengan menonton tutorial di YouTube berkata aplikasi yang paling berjaya adalah Penggera Keselamatan Telefon.
Ia adalah aplikasi pertama berasaskan iOS yang berjaya diterbitkan di App Store pada 1 Oktober 2015.
Ia merupakan aplikasi berbayar pertama yang dibangunkannya.
Minggu lalu, beberapa aplikasi lain mula dikenakan bayaran.
"Saya mula membangunkan Penggera Keselamatan Telefon pada usia 12 tahun, hanya selepas habis peperiksaan UPSR.
"Saya membangunkan aplikasi itu kerana saya sering kehilangan telefon. Apabila saya meletakkannya di dalam poket, ia kadang-kadang terjatuh.
"Saya juga mempunyai rakan-rakan nakal yang akan menyembunyikan telefon bimbit saya," katanya ketika ditemui di e-Gate, Lebuh Tunku Kudin 2, Gelugor pada Jumaat.
Satu lagi aplikasi terkenal yang dicipta Wern Jie, antara yang paling digemarinya adalah Diari Peribadi, juga aplikasi berasaskan iOS.
"Ia adalah aplikasi diari mudah yang membolehkan anda menulis memori dan acara harian. Anda juga boleh menetapkan mood dan cuaca pada hari tersebut.
"Saya menyukainya kerana ia dibangunkan untuk kegunaan sesiapa sahaja bermula dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa malah orang cacat penglihatan," katanya.
Pada Disember 2015, Wern Jie antara salah seorang pencipta aplikasi termuda di negara ini yang pernah disiarkan dalam sisipan Star2.
Cerita kehebatan remaja itu mendapat perhatian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang kemudian mempelawanya untuk menjadi peserta pergerakan #mydigitalmaker.
#mydigitalmaker merupakan sebuah inisiatif untuk mewujudkan pencipta digital masa depan dengan mendedahkan golongan belia Malaysia kepada aspek kreatif dan inovatif teknologi digital.
Ini termasuk kemahiran pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robotik, pengaturcaraan dan analisis data.
loading...

0 Response to "Budak Lelaki Dari Penang Ini Sudah Jadi Jutawan? Hanya Dengan Cipta Aplikasi "Smartphone""

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close