BILA UQASHA SENROSE & SHAH ISKANDAR 'MESRA' BERPEGANGAN TANGAN

loading...
BILA UQASHA SENROSE & SHAH ISKANDAR  'MESRA' BERPEGANGAN TANGAN


Pelakon yang terlibat dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, Uqasha Senrose kini kembali hangat lagi apabila dia dilihat berpegangan dengan pelakon yang berasal dari Singapura, Shah Iskandar di sebuah majlis yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut saksi, mereka berdua dijemput ke program itu baru-baru ini dan dilihat sangat mesra seperti sedang bercinta. Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung.
Turut hadir ke majlis itu ialah Ungku Ismail dan Nazeera Sardi yang bergandingn dalam drama HyppTV, Pembancuh Kopi Mr. Vampire.
Klik untuk gambar besar
Kita semua sedia maklum bahawa Shah telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Siti Sarah pada awal tahun lepas.
Terdahulu, Uqasha pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim, kemudian dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.
Benarkah Uqasha sedang bercinta dengan Shah atau mungkinkah mereka berdua sekadar kawan rapat saja kerana zaman sekarang ini, artis yang sekadar berkawan rapat pun dilihat menyuapkan makanan ke mulut dengan mesra seperti Elfira Loy dan Sufian Suhaimi?
Kita tunggu saja pencerahan Uqasha dan Shah mengenai perkara ini.
Sekadar kawan - Aksi mesra Elfira Loy & Sufian Suhaimi

Sumber: Beautifulnara
loading...

0 Response to "BILA UQASHA SENROSE & SHAH ISKANDAR 'MESRA' BERPEGANGAN TANGAN"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close