loading...
Ayah Kahwin Di Thailand..Ini Anak Lelaki Buat Pada Ibu Kandung Sangat KEJAM !!! |Ini
ringkasan cerita. Si ibu adalah isteri pertama. Si ayah kawen dgn
isteri ke2 secara senyap di thailand. Si madu ini kawan dan jiran kepada
si ibu. Kawan makan kawan. Tiada anak. Hubungan sesama madu agak
dingin. Si ibu mempunyai sorang anak lelaki dan yg selebihnya perempuan.
Semua sudah berumahtangga. Hubungan anak dan isteri ke 2 tidak baik.
Begini
ceritanya, si anak lelaki mulanya mmg benci pd ibu tiri itu. Si
isterinya pula baru bekerja dan bekerja di tempat yg sama dgn isteri ke 2
si ayah. Entah mcm mana hubungan mereka berdua baik . Anak menantu dan
mertua tiri. Baik sehingga membelakangkan si ibu mertua sendiri.
Walaupun anak lelakinya masih membenci si isteri ke 2. Dia hanya berdiam
diri dgn perbuatan isterinya.
Sejak
mereka jadi kawan sekerja. Hubungan si isteri dgn ibu mertuanya agak
renggang. Selalu sindir keluarga mertuanya di fb. Bila si ibu buat
kenduri atau majlis si anak lelaki dan isterinya akan dtg pd penghujung
majlis sahaja. Langsung tidak menolong. Si anak lelaki berdiam diri saja
dan hanya ikutkan cara si isteri.
Bila
si ibu nasihat si anak lelaki dan dia sampaikan kpd isterinya. Dia tak
puashati dan update mcm2 di fb.. Bkn nasihat apa pun cuma suruh
ringan2kan tulang tolong waktu kenduri campur adik beradik makcik2, sbb
si isteri x suka bergaul dgn saudara. Si anak lelaki mcm biasa
membatukan diri isterinya saja betul. So sebagai membalas dendam si
isteri ni suka update dkt fb tunjuk yg dia pergi jalan n makan2 dgn bini
ke 2 si ayah. Supaya si ibu sakit hati. Yes mmg x salah. Macam mana la x
terguris hati ibu bila mana anak lelaki nya dan isterinya bersuka ria,
pergi holiday bersama bini ke dua si ayah. Snap gambar upload dkt fb.
Senang kata si isteri ni lebih rapat dgn mertua tiri berbanding mertua
sebenar.
Langsung
tak jaga sensitivity. Si ayah mmg suka la bila ada anak yg berbaik dgn
bini ke 2 nya. Bini ke 2 si ayah mmg kaki jalan. Maklum la org muda lg x
de anak xde tanggungan. Walaupun si anak lelaki td x suka dgn bini ke 2
ayah tp di sebabkan disogok semua perbelanjaan di tanggung kalau
berjalan dgn dia, maka dia pun ambil kesempatan juga. Tanpa menghiraukan
perasaan ibu sendiri. Berjalan, pergi makan, shopping, holiday bersama
keluarga si ayah dan bini ke 2 sahaja. Dan mcm biasa heboh la di dlm fb
dia. Bila si ibu gundah gulana dan bersendirian si ibu akan ke rumah
anak2 perempuan sepanjang ketiadaan si ayah.
Sehingga
sekarang ini sudah dkt 2tahun si anak lelaki tidak pernah jejak lg ke
rumah si ibu kandung walaupun hari raya. Apatah lg minta ampun. Walaupun
rumah mereka hanya selang beberapa rumah. Sehingga si isteri sudah pun
bersalin. Tp anaknya tidak kenal dgn nenek sebenar. Dia cuma rapat dgn
si ayah dan bini ke 2 nya sbb suka dgn gaya hidup ala2 mewah. Bila si
ibu minta tlg hantarkan atau minta tlg belikan brg di balasnya dgn nada
tinggi. Sibuk lah ada hal lah. Ada saja dibentak nya. Tidak boleh minta
tlg langsung. Seperti mengemis dgn anak sendiri. Bukan minta wang
ringgit cuma minta ruang waktu sedikit. Sedihnya hati si ibu di buat
begitu. Sampaikan kadang kala si ibu terserempak dgn si anak lelakinya
sedang berbelanja dgn ibu mertuanya(besan) utk membeli brg dapur. Banyak
pula masanya. Bila si ibu ke rumah anak lelakinya tidak dilayan pula.
Padahal bunyi tv dan suara anaknya sedang bermain2. Salam diberi banyak
kali tp tiada balasan. Bukan pertama kali terjadi. Pulang la si ibu dgn
hati yg hampa.
Hati
si ibu ini betul2 terguris.. Ialah masa si anak lelaki hendak kawen dlu
si ibu la yg bersusah payah siapkan semuanya nya. Topup duit hantaran.
Beri rumah sewa milik si ibu ni utk anak lelakinya duduk lps kawen
sehingga skrg ini. Tetapi ini balasan yg si ibu dpt dr anak lelakinya.
Lupakah dia akan semua itu? Bila si ibu mengadu dgn si ayah. Si ayah
backup si anak lelakinya. Si ayah ni tak payah cerita lah mmg segalanya
akan lebihkan bini barunya. Mcm di bomoh pula. Sbb selalu masam dan naik
hangin bila ada di rumah si ibu. Macam kepanasan tak senang duduk.
Hendak
buang/halau anak lelaki tidak elok pula sbb cuma satu2nya anak lelaki
yg ada. Hendak mendoakan mereka bercerai juga tidak elok. Tetapi setiap
kali si ibu nampak kelibat si anak lelaki lalu depan rumah dgn automatik
si ibu akan berkata “Anak tak kenang budi, tidak akan senang hidup kau
selagi kau buat ibu sendiri mcm ni dan aku harap kau juga akan berkahwin
dua”. Salah kah si ibu mendoakan anaknya sebegitu? Terlalu kejam
kah? Sehingga skrg ini hubungan mereka masih keroh.
loading...
0 Response to "Ayah Kahwin Di Thailand..Ini Anak Lelaki Buat Pada Ibu Kandung Sangat KEJAM !!!"
Post a Comment