Home »
Uncategories »
Alamak...!! Tidak Disentuh Suami, Isteri Tak Dapat Menahan Nafsu Mengaku Bersetubuh Dengan Bekas Kekasih.. Aduh Abang Pun..dah kawen kan..dah HALAL.. Takkan Abang nak cari yang HARAM juga kut.... Komen Suaminya Buat NETIZEN TERKEJUT
By hello
Friday, 17 March 2017
Alamak...!! Tidak Disentuh Suami, Isteri Tak Dapat Menahan Nafsu Mengaku Bersetubuh Dengan Bekas Kekasih.. Aduh Abang Pun..dah kawen kan..dah HALAL.. Takkan Abang nak cari yang HARAM juga kut.... Komen Suaminya Buat NETIZEN TERKEJUT
loading...
Angkara
suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin
selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab
munasabah.Ikuti gelora hidup dua wanita yang berkongsi nasib sama iaitu
ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin
berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.LIZA, 28:“HANYA Tuhan tahu
betapa deritanya jiwa dan batin saya tidak dapat bersama suami selama
enam tahun sejak bergelar isteri pada 2004.Mungkin kerana perkahwinan
kami atas dasar menurut kemahuan keluarga dan bukan kerana hubungan
cinta, saya menjadi mangsa keadaan, dan enam tahun juga saya tidak
mendapat belaian suami.Kalau enam bulan saya boleh bertahan lagi (tidak
bersetubuh bersama suami), tetapi bayangkan sehingga enam tahun dia
tidak pernah menyentuh saya, malah menghilangkan diri tanpa khabar
berita.Wanita mana tidak dahagakan belaian lelaki, tambahan pula bila
bersuami. Akibat tekanan perasaan, akhirnya saya gagal mengawal
nafsu.Saya bertemu kembali bekas teman lelaki dan melakukan hubungan
seks dengannya setiap kali bertemu.Suami mula menjauhkan diri daripada
saya selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dia kini menetap di
sekitar Johor Bahru, Johor.Saya sedar tindakan mengadakan hubungan
bersama bekas teman lelaki adalah salah, lagi pula dia sudah berumah
tangga, tetapi saya menganggap suami punca segala kemelut itu
berlaku.Daripada apa yang dapat saya rasakan, dia (suami) seakan-akan
sangat membenci saya.Kalau tidak inginkan saya sebagai isteri, mengapa
tidak ceraikan saya, sebaliknya dia menghilang entah ke mana.Saya
sungguh menderita, hidup sendiri tanpa ada zuriat. Adakalanya apabila
tidak bertemu bekas kekasih, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk
memuaskan keinginan batin. Ia memang menyakitkan jiwa saya.Bagaimanapun,
perbuatan saya mengadakan hubungan dengan lelaki lain dan pergolakan
suami akhirnya sampai ke pengetahuan keluarga masing-masing.Selepas
berubat secara Islam di Sinar Zamdurrani bersama Ustaz Shahran Shafie,
suami saya di dakwa terkena sihir oleh bekas kekasihnya sehingga
membuatkan dia membenci saya.Saya insaf di atas dosa yang pernah
dilakukan dan berharap dapat menyelamatkan kembali rumah tangga.Semuanya
terpulang kepada suami, saya berharap dia dapat menerima saya sebagai
isteri. Jika tidak, saya mahu dilepaskan.”SHIMA, 32:“TIGA tahun
digantung tidak bertali, saya terpaksa bekerja keras untuk mencari
rezeki menampung hidup bersama dua anak.Malah kerana gagal menahan
gelora nafsu akibat ketiadaan suami, saya sanggup melakukan sesuatu
untukmemuaskan nafsu dan kadangkala terlanjur dengan teman
lelaki.Bagaimanapun jauh di lubuk hati, saya menyedari perkara itu
mengundang dosa.Saya sedar mengenai halal dan haram. Malah, saya dan
teman lelaki juga bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun saya
tidak boleh kerana masih terikat dengan suami.Kali terakhir saya
mendengar berita mengenainya ialah tiga tahun lalu. Itupun daripada
seorang kawan yang mengatakan suami saya berkahwin lain.Selepas puas
mencari, saya masih tidak menjumpai tempat mereka menetap.Sebab itu,
kerana dahagakan kasih sayang, saya mula mencari teman lelaki.Dua anak
saya juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa.
Alhamdulillah, saya menemui seorang lelaki yang sanggup menerima
saya.Apapun, saya masih berusaha mencari suami untuk mendapatkan kata
putus daripadanya. Saya tidak pernah berhenti mencarinya.Lagipun saya
tidak tahan menanggung azab digantung tidak bertali seperti ini. Wanita
mana sanggup diperlakukan seperti ini?Jika masih gagal mengesannya, saya
akan mendapatkan khidmat nasihat jabatan agama Islam.Mungkin mereka ada
cara untuk menyelesaikan perkara ini supaya saya tidak lagi bergelumang
dengan dosa.” Read
more: http://mediabrutal.blogspot.com/2016/07/tidak-disentuh-suami-isteri-tak-dapat.html#ixzz4Ed2nbJYs
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP
0 Response to " Alamak...!! Tidak Disentuh Suami, Isteri Tak Dapat Menahan Nafsu Mengaku Bersetubuh Dengan Bekas Kekasih.. Aduh Abang Pun..dah kawen kan..dah HALAL.. Takkan Abang nak cari yang HARAM juga kut.... Komen Suaminya Buat NETIZEN TERKEJUT "
Post a Comment