loading...
Dr.Zakir Naik adalah nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa.
Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.
Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.
Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.
Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.
Di dalam setiap ceramahnya sudah pasti banyak persoalan-persoalan diajukan kepadanya. Apa yang menarik kali ini penulis ingin berkongsikan dengan pembaca semua mengenai persoalan �Mengapa Umat Islam mengelilingi Ka�bah? Mari kita lihat jawapan dari Dr.Zakir Naik ini.
Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik, mengapa umat Islam mengelilingi ka�bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan ilmiah dan logik disebaliknya?
Saya ingin mengetahui tentang Ka�bah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka�bah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka�bah?�
Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.
Apa pentingnya Ka�bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka�bah?
Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam menyembah Ka�bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan secara ilmiah.
Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.
Ka�bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur�an:
???????? ??? ???????? ????????? ??????????? ????????
�Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka�bah� (QS. Al Baqarah: 144)
Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka�bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka�bah.
Jadi Ka�bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka�bah.
Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka�bah berada di tengah-tengah.
Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka�bah masih tetap berada di tengah-tengah.
Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka�bah dan Ka�bah adalah kiblat.
Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan tawaf mengelilingi Ka�bah. Kita berjalan mengelilingi ka�bah. Kenapa kami berjalan mengelilingi Ka�bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu �alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka�bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka�bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu �anhu ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka�bah, �Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat Nabi menciumnya.� Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka�bah.
Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka�bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.
Jadi Ka�bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah.
loading...
0 Response to ""Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah? Kaabah Kan Batu jer" Dr Zakir Naik TENANG Menjawab Soalan ini sehingga PEMUDA ini TERDUDUK. Memang Sangat Hebat Jawapan. Orang Islam WAJIB BACA !"
Post a Comment