Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam

loading...

KUALA LUMPUR - Susulan kemalangan yang meragut 8 nyawa remaja berbasikal awal pagi tadi, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan menggesa kerajaan negeri Johor mengenakan perintah berkurang bagi mengelakkan pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam, lapor Free Malaysia Today

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kejadian itu menyedihkan tetapi tidak tragik. 

"Sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan itu, saya ucap takziah kepada keluarga mangsa. Kumpulan itu membabitkan budak dari kawasan yang jauh dari tempat kemalangan dan di luar Pulai. 

"Mereka tidak sepatutnya melepak di sekitar jalan utama di Johor Bahru pada waktu tengah malam dan semua mangsa dipercayai berada di pusat bandar ketika itu untuk berlumba,

Sehubungan itu, katanya perlaksanaan perintah berkurung yang dibenarkan oleh kerajaan negeri dapat membantu penguatkuasaan polis dan mengelak pelajar sekolah melepak di jalanan pada waktu malam. 

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengarahkan sekolah mengesan dan memberi sesi kaunseling kepada pelajar terbabit dengan kumpulan berbasikal pada waktu malam di sekitar bandar raya Johor Bahru. 

Pengarahnya, Shahurudin Sharif juga menasihatkan ibu bapa melarang anak mereka keluar lewat malam serta memantau pergerakan dan aktiviti mereka selain memainkan peranan penting untuk melupuskan basikal yang diubah suai tanpa ciri keselamatan yang dimiliki anak mereka.

Polis Johor juga meminta orang ramai menghubungi polis jika ternampak remaja berbasikal pada lewat malam. - The Reporter
loading...

0 Response to "Laksanakan perintah berkurung, buang basikal diubah suai & lapor jika ternampak remaja berbasikal lewat malam"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close