KINI VIRAL : Kisah Anak Muda Jaga Ibunya Yg Lumpuh Ini Pasti Buatkan Mata Anda

loading...
Kisah Anak Muda Jaga Ibunya Yg Lumpuh Ini Pasti Buatkan Mata Anda


Hati siapa yang tidak terusik jika memerhatikan gerak geri seorang pemuda yang menguruskan ibunya yang sakit dengan penuh kasih sayang dan sopan santun.
Pada hari ini, mungkin agak sukar untuk kita melihat seorang anak muda sepertinya yang begitu lemah lembut menjaga ibunya, baik dari segi makan dan pakaian, malah menukar lampin ibunya dia uruskan dengan baik sekali tanpa ada riak rungutan di wajahnya.
Ikuti satu pengalaman berharga hasil perkongsian yang amat menyentuh hati ini dari Puan Raudzah Arippin yang melihat seorang anak muda yang baik hati menjaga ibunya yang sedang sakit. Semoga cerita ini menjadi pengajaran dan teladan kepada mereka di luar sana yang masih mempunyai ibu dan ayah.
Oleh: Puan Raudzah Arippin

Kisah Anak Muda Yang Jaga Ibunya Dengan Tenang


Saya duduk di sebelah pemuda ini pada satu sesi makan tengahari. Diam-diam memerhati bagaimana dia menyantuni ibunya yang juga pesakit strok.
"Mak ok tak? Mak nak lagi?"
Soalnya sambil bersedia mahu menyuapkan lagi sesudu nasi ke mulut ibunya.
Ibunya membuka mulut, lalu anak muda ini menyuakan makanan. Kemudian digosok-gosok perlahan belakang ibunya.
"Sedap tak mak?" Soalnya lembut.
Ibunya tersenyum.
Selesai makan, dilap mulut ibunya dengan tisu. Diberikan air dan disorong kerusi roda ibunya ke sinki. Di situ saya perhati dibersihkan lagi mulut ibunya yang kotor kesan makanan.
Santun sekali pemuda ini melayani ibunya.
Hari sebelumnya, dia lewat naik ke wad waktu sarapan pagi. Ibunya makan sedikit saja.
"Makcik, makanlah lagi. Nanti tak ada tenaga nak pergi ot, pergi fisio" Kata saya.
Makcik itu menggeleng.
"Tak sedap ke?"
Dia senyum.
"Nak Ariff ya?"
Makcik itu renung saja saya. Dia memang tidak bercakap. Kesan strok barangkali. Hanya senyum, angguk atau geleng kepala.
"Dia kalau tak ada Ariff mana mahunya dia makan banyak.." sampuk pakcik yang menjaga anaknya sakit di hujung meja.
Selalu juga saya nampak, waktu petang sedikit selepas selesai semua sesi terapi, anak muda ini menguruskan ibunya. Ditukarkan baju, diambil kain ganti untuk alas katil dan pasti dia sendiri yang menukar lampin pakai buang ibunya.
Saya berfikir, entah berapa ramai antara kita yang kalah dengan rutin hanya memimpin emak ayah bersiar-siar di taman. Inikan pula mahu mengurus kencing berak mereka. Kalau anak perempuan mungkin kita tidak hairan juga. Tapi bila lihat anak muda lelaki yang menjaga ibu begini moleknya, hati manalah tidak tersentuh.
Ariff, orangnya kecil sahaja, tapi saya percaya jiwanya besar. Nampak santun dan lembut sekali dengan ibunya, namun saya percaya, dia pemuda yang sangat kuat semangatnya.
Ah, satu lagi yang saya bangga melihatnya, sebab dia anak bongsu. Samalah kita Ariff. Siapa kata anak bongsu tahu nak manja saja kan. Heheh.
Ariff. Saya belajar 3 perkara yang jelas dari peribadinya.
1. Bercakap dengan baik, walau dengan sesiapa
2. Sentiasa tersenyum
3. Tidak mengeluh
Kak uda doakan Ariff mendapat keputusan STPM yang cemerlang, InsyaAllah. Aamiin.
Raudzah Arippin
Anak Soleh Saham Akhirat Kita
loading...

0 Response to "KINI VIRAL : Kisah Anak Muda Jaga Ibunya Yg Lumpuh Ini Pasti Buatkan Mata Anda"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close