KINI VIRAL : Ary Malik Dilaporkan Tenat Di Hospital Ampang

loading...
Ary Malik Dilaporkan Tenat Di Hospital Ampang


Pelakon dan pengacara, Ary Malik atau nama sebenarnya Aryanee Malik Abdul Malik, 46, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang ketika ini selepas menghidapi kanser ovari tahap empat, lapor Berita Harian.
Suami Ary, Shahrul Nizam Shaharuddin berkata, Ary dimasukkan ke hospital itu sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah.

"Ary tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu dan keadaannya sama hingga sekarang. Keadaannya kritikal dan doktor mengesyaki sel kanser sudah merebak ke kepala di mana dia juga mengadu sakit dalam perut sebelum disahkan menghidap kanser."
"Pada mulanya kami menyangka ia ketumbuhan biasa dan hanya selepas menjalani pembedahan baru doktor mengesan Ary menghidap kanser. 

"Mei tahun lalu, dia menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju sebelum menjalani kemoterapi sejak Jun lalu," katanya.
Ary yang pernah mengacara program MTV dan menyertai program realiti Masterchef Malaysia, mempunyai tiga anak iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
"Anak sudah mengetahui keadaan ibu mereka sejak awal menghidap kanser. Anak sulung kami sudah matang, malah banyak mengambil tahu mengenai perubatan. 

"Pelangi banyak menumpahkan perasaannya menerusi lukisan manakala Ratu masih dalam proses pembelajaran untuk menerima kenyataan itu," katanya.
loading...

0 Response to "KINI VIRAL : Ary Malik Dilaporkan Tenat Di Hospital Ampang"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close