loading...
Suaminya kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik iaitu Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, ketika dihubungi berkata, mereka sedang menunggu keputusan pemeriksaan terkini daripada doktor pakar di hospital itu.
Ary Malik yang dilaporkan kritikal akibat kanser ovari tahap empat selepas dimasukkan ke Hospital Ampang baru-baru ini masih belum sedarkan diri.
"Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini (27 Februari) atau esok (28 Februari).
"Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan," katanya.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, yang pernah mengacara program MTV mula dikesan mengidap kanser ovari hampir setahun lalu.
Dia sudahpun menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, di sini, Mei lalu dan mengikuti sesi rawatan kimoterapi selepas itu.
Tiga anak mereka iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, yang tahu mengenai penyakit ibu mereka sejak awal mula dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini.
loading...
0 Response to "KINI VIRAL : ARY MALIK BELUM SEDAR - SUAMI MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN"
Post a Comment