loading...
Kuala Lumpur: Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.
"Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.
"Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250," katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.
Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.
loading...
0 Response to "Denda merokok di tempat awam serta merta bermula 1 Jun"
Post a Comment