AWAS..!!! Jika Sayang Anak, Jangan Selalu Kongsi 5 Perkara Ini Tentang Anak Anda Di Media Sosial.. Sebarkan..

loading...
Awas! Jangan Selalu Kongsi 5 Perkara Ini Tentang Anak Anda Di Media Sosial



Kehebatan dunia digital masa kini sebenarnya membolehkan lebih banyak kes-kes jenayah seperti culik dan ragut berleluasa. Sekali perkongsian di alam maya, ia seakan membuka pintu luas untuk penjenayah mengesan dan memerhati gerak-geri anda.
Boleh kata sekarang ini ianya ibarat trend di mana ibu bapa sering kali berkongsi perihal anak mereka di media sosial tanpa memikirkan keburukan dan impaknya di masa akan datang. Jadi, jangan kongsikan lima perkara ini tentang anak anda di media sosial
Lokasi anda berada
Mungkin ia sekadar sekeping gambar anak anda sedang tersenyum memandang kamera telefon di halaman rumah, tetapi berkongsi gambar-gambar anak anda di kediaman anda yang sememangnya hak peribadi boleh mengundang kepada masalah lain. Sebagai contoh, penjenayah boleh mengesan setiap jalan menghala ke rumah anda, nombor kediaman, dan alamat pangsapuri anda yang mungkin kedengaran seperti tiada apa yang perlu ditakutkan tetapi sekali perkongsian gambar dan maklumat tersebut, ia akan berleluasa sekelip mata dan ini menjadikan nyawa anak anda dalam tangan penculik. 
Gambar anak anda tanpa pakaian
Bayi bermain air ketika waktu mandi di tub mungkin dilihat sangat comel, tetapi percayalah yang perkongsian gambar anak kecil tanpa pakaian adalah satu tindakan yang kurang bijak. Gambar-gambar sebegini boleh jatuh ke tangan yang salah dan ini membolehkan ia sampai di tangan online predators. Sebaiknya, elakkan dari berkongsi gambar anak orang lain tanpa meminta kebenaran dari kedua-dua ibu bapanya.
Gambar anak meragam
Mungkin kita lihat momen tantrum anak anda membaling kasut kecilnya ketika merajuk adalah satu momen yang comel, tetapi ketahuilah yang merakam dan berkongsi kelemahannya itu di laman internet boleh membahayakan keselamatannya. Simpan sahaja video rakaman tersebut jika mahu tunjukkan padanya ketika mereka meningkat dewasa nanti.
Video atau gambar anak anda bertungkus lumus mendapatkan sesuatu yang diinginkan
Media sosial bukanlah satu platform yang mana untuk anda memalukan anak anda sendiri. Tidak kira sama ada insiden di mana anak anda terbuang air kecil ketika tidur atau mungkin rakaman dirinya sukar untuk belajar membaca, mengambil atau merakam momen kesukaran yang dihadapi anak anda ini boleh mengundang masalah sebenarnya. Mendedahkan kelemahannya kepada umum membolehkan dirinya mereka berisiko untuk dibuli. 
Pencapaian anak anda di sekolah
Mendedahkan pencapaian anak anda secara online dengan memuat naik gambar kad pencapaiannya di sekolah yang mendapat F dalam sesetengah mata pelajaran adalah satu tindakan yang agak kurang bijak. Bukan hanya boleh memalukan diri anda sendiri, malah ia juga boleh menyebabkan anak anda terluka atau kecewa di masa akan datang.
loading...

0 Response to "AWAS..!!! Jika Sayang Anak, Jangan Selalu Kongsi 5 Perkara Ini Tentang Anak Anda Di Media Sosial.. Sebarkan.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close