loading...
"Saya Halalkan Wang Hantaran Berjumlah RM11,111,11 Yang Hingga Kini Masih Belum Diterimanya" - Elly Mazlein | Gara-gara tidak mendedahkan punca sebenar perceraian antara dia dan bekas suaminya, Azmi Hatta, menyebabkan baru-baru ini timbulnya spekulasi mendakwa Elly Mazlein yang berlaku curang sehingga membawa kepada kehancuran rumah tangganya setahun lalu.
Tenang berdepan dengan dakwaan tersebut, Elly menyifatkan ia satu fitnah. Jelasnya, sejak kebelakangan ini dia memang mengelakkan dari publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami.
�Semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia �tangkap� saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.
�Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.
�Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,� katanya seperti yang laporkan BH online.
Dalam masa yang sama, Elly turut meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi.
Namun katanya beliau tidak menyimpan dendam dan berkira dengan tindakan bekas suami malah beliau halalkan sahaja wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterimanya
Sumber
loading...
0 Response to ""Saya Halalkan Wang Hantaran Berjumlah RM11,111,11 Yang Hingga Kini Masih Belum Diterimanya" - Elly Mazlein"
Post a Comment