7 Cara Yang Mudah Hilangkan Kesan Gelap Celah Peha, Leher dan Ketiak

loading...

7 Cara Mudah Hilangkan Kesan Gelap Celah Peha, Leher dan Ketiak | Wanita bukan sahaja perlu menjaga kesihatan malah mesti memelihara kecantikan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Setiap inci tubuh dan wajah harus diberi perhatian. Namun ramai yang mengabaikan penjagaan diri terutama di bahagian sulit seperti celah paha, ketiak dan leher.Akibatnya bahagian intim ini menjadi hitam dan meninggalkan parut. 

Kita selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam, ataupun kawasan leher dan celah peha.  Kawasan-kawasan yang terselindung ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.

Okay. Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang disebutkan tadi hitam? 

Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:

1. Deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria dan menyebabkan ketika menjadi hitam.

2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.

3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. 

4. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

5. Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.

Cuba amalkan tips untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian intim dengan cara ini:

1. Pencuci Khas
Gunakan pencuci khas yang mampu membersih sambil melindungi bahagian intim anda. Pilih pencuci yang membantu memutihkan kulit di celah paha, ia membantu menghilangkan kesan gelap atau kehitaman pada bahagian ini secara lembut.

2. Skrub
Seperti wajah, bahagian intim juga sensitif dan mesti dijaga rapi. Lakukan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok celah paha secara perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan kulit.

3. Kebersihan
Jaga kebersihan, lap kering seluruh tubuh terutama pada bahagian celah paha. Pakai pakaian yang bersih, pilih seluar dalam yang selesa dan kering. Jangan pakai seluar yang terlalu ketat atau girdle yang kecil, ia menyebabkan paha bergesel dan kulit melecet. Akibatnya kulit menjadi gelap dan berparut.

4. Tabiat Menggaru
Jika berasa gatal pada bahagian ini, jangan menggaru. Gosok dengan lembut menggunakan kain atau tuala. Tabiat menggaru meninggalkan parut yang hodoh dan menjadikan kulit gelap serta menggerutu.

5. Kerap Tukar Pad
Ketika datang haid, tukar pad dengan kerap untuk kebersihan bahagian sulit. Jika pad terlalu penuh dan bocor sehingga terkena seluar dalam, ia boleh menyebabkan jangkitan dan kegatalan kulit.

6. Losyen Pencerah
Bagi anda yang mengalami kesan gelap yang serius, dapatkan bantuan ahli farmasi. Beli losyen atau krim khas yang dapat merawat kulit pada celah paha. Ia membantu mengurangkan kesan gelap tanpa kesan sampingan.

7. Petua Tradisi
Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus, jadikan masker. Lumur pada celah paha, leher dan ketiak. Biarkan seketika, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan beransur cerah.

Boleh juga gunakan sireh dan beras. Kisar segenggam beras sehingga halus, campurkan dengan saun sireh yang ditumbuk lumat. Adun sebati, jadikan sebagai lulur. Lumur pada tubuh terutama bahagian yang bermasalah, gosok perlahan untuk buang sel mati dan daki. Kulit akan menjadi halus dan cerah.
loading...

0 Response to "7 Cara Yang Mudah Hilangkan Kesan Gelap Celah Peha, Leher dan Ketiak"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close